Aduan dan Maklumbalas Peta Laman
Image

Klinik Kesihatan
Salak Selatan

Bangunan tapak Klinik Kesihatan Salak Selatan dari awal adalah KKIA Salak Selatan yang terletak di Parlimen Seputih. Pada tahun 2010 ia telah diambilalih pentadbiran oleh JKWPKL&P dari DBKL. Walaupun terletak di kawasan parlimen di bawah pentadbiran PKLP, ia diberikan kepada PK Cheras untuk pentadbiran kerana logistik yang memudahkan anggota dan pelanggan. KKIA Salak Selatan telah ditambah dengan perkhidmatan pesakit luar untuk kes-kes ringan dengan menjenamakan sebagai Klinik 1Malaysia Salak Selatan dengan perkhidmatan MCH pada 7 November 2016 di bawah klinik induk KK sungai Besi. Kemudiannya hasil lawatan KKM ia telah dinaiktaraf kepada Klinik Kesihatan jenis 6 dan diberi waran peruntukkan khas untuk pembangunan fasiliti dan pembelian aset. Klinik ini mula beroperasi pada 2 Jan 2020.
Berikut adalah infomasi klinik untuk di hubungi oleh pelanggan:
Klinik Kesihatan Salak Selatan
Lot 3836, Jalan 1,
Salak Selatan,
57100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9130 0196
Email: kksalakselatan@moh.gov.my
Lokasi
Ketua Klinik
Dr Anu Malar A/P Naurkunam
Pakar Perunding Perubatan Keluarga
 
Dr Sazrina Binti Amran
Pegawai Perubatan Yang Menjaga
Jadual Perkhidmatan

ISNIN - JUMAAT : 8.00 pagi - 5.00 petang

SABTU / AHAD / HARI KELEPASAN AM : TUTUP

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
  1. Perkhidmatan Pakar Perubatan Keluarga (FMS)
  2. Penyakit Tidak Berjangkit
  3. Diabetik
  4. Asma
  5. Kesihatan Mental/ Minda Sihat
  6. Hipertensi
  7. Ketagihan Alkohol
  8. Saringan Kolorektal
  9. Saringan Kesihatan
  10. Klinik Remaja
  11. Kelab Warga Emas
  12. Klinik Virtual
  13. Klinik Infeksi
  14. Klinik TB
  15. Klinik Berhenti Merokok
  16. Klinik PEKA B40
  17. Klinik Penjagaan Luka
  18. Klinik Pengurusan Kesakitan
  19. Perkhidmatan Kecemasan
  20. Saringan HIV Tanpa Nama
  21. Saringan HIV Pra-Perkahwinan
  22. Pengurusan Demam (Fever Centre)
  23. Kesihatan sebelum mengandung (Pre-Pregnancy Clinic)

  1. Antenatal Care
  2. Postnatal Care
  3. Kesihatan Kanak-kanak
  4. Perkhidmatan Imunisasi Kanak-Kanak
  5. Saringan Pap Smear
  6. Saringan Pemeriksaan Kendiri Payu Dara

Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar

Semasa tempoh pasca PKP dan PKPB pelanggan disarankan untuk mendapatkan temujanji melalui telefon atau sistem Aplikasi MySejahtera. Tidak digalakkan datang sendiri ke klinik tanpa temujanji kecuali kes kecemasan. Temujanji juga dijalankan secara sistem temujanji berperingkat dan telefon konsultasi untuk memastikan penjarakan sosial dapat dikekalkan.

Image

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P)
Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur
Telefon : 03-22687333
Laman Web : jknkl[dot]moh[dot]gov[dot]my

PAPARAN TERBAIK

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini. 
Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

MOBILE WEB

Image
STATISTIK PELAWAT

Hari ini 67

Semalam 1,643

Minggu Ini 1,710

Bulan Ini 34,940

Keseluruhan 608,592