
Klinik Kesihatan
Salak Selatan
Bangunan tapak Klinik Kesihatan Salak Selatan dari awal adalah KKIA Salak Selatan yang terletak di Parlimen Seputih. Pada tahun 2010 ia telah diambilalih pentadbiran oleh JKWPKL&P dari DBKL. Walaupun terletak di kawasan parlimen di bawah pentadbiran PKLP, ia diberikan kepada PK Cheras untuk pentadbiran kerana logistik yang memudahkan anggota dan pelanggan. KKIA Salak Selatan telah ditambah dengan perkhidmatan pesakit luar untuk kes-kes ringan dengan menjenamakan sebagai Klinik 1Malaysia Salak Selatan dengan perkhidmatan MCH pada 7 November 2016 di bawah klinik induk KK sungai Besi. Kemudiannya hasil lawatan KKM ia telah dinaiktaraf kepada Klinik Kesihatan jenis 6 dan diberi waran peruntukkan khas untuk pembangunan fasiliti dan pembelian aset. Klinik ini mula beroperasi pada 2 Jan 2020.
Berikut adalah infomasi klinik untuk di hubungi oleh pelanggan:
Klinik Kesihatan Salak Selatan
Lot 3836, Jalan 1,
Salak Selatan,
57100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9130 0196
Email: kksalakselatan@moh.gov.my
Ketua Klinik
Jadual Perkhidmatan
ISNIN - JUMAAT : 8.00 pagi - 5.00 petang
SABTU / AHAD / HARI KELEPASAN AM : TUTUP
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Perkhidmatan Pakar Perubatan Keluarga (FMS)
- Penyakit Tidak Berjangkit
- Diabetik
- Asma
- Kesihatan Mental/ Minda Sihat
- Hipertensi
- Ketagihan Alkohol
- Saringan Kolorektal
- Saringan Kesihatan
- Klinik Remaja
- Kelab Warga Emas
- Klinik Virtual
- Klinik Infeksi
- Klinik TB
- Klinik Berhenti Merokok
- Klinik PEKA B40
- Klinik Penjagaan Luka
- Klinik Pengurusan Kesakitan
- Perkhidmatan Kecemasan
- Saringan HIV Tanpa Nama
- Saringan HIV Pra-Perkahwinan
- Pengurusan Demam (Fever Centre)
- Kesihatan sebelum mengandung (Pre-Pregnancy Clinic)
- Antenatal Care
- Postnatal Care
- Kesihatan Kanak-kanak
- Perkhidmatan Imunisasi Kanak-Kanak
- Saringan Pap Smear
- Saringan Pemeriksaan Kendiri Payu Dara
Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar
Semasa tempoh pasca PKP dan PKPB pelanggan disarankan untuk mendapatkan temujanji melalui telefon atau sistem Aplikasi MySejahtera. Tidak digalakkan datang sendiri ke klinik tanpa temujanji kecuali kes kecemasan. Temujanji juga dijalankan secara sistem temujanji berperingkat dan telefon konsultasi untuk memastikan penjarakan sosial dapat dikekalkan.






