PROGRAM KESIHATAN

Perkhidmatan Khas Kesihatan

  • Klinik Extended Hours

    Perkhidmatan Extended hours adalah perkhidmatan yang disediakan untuk rawatan pesakit luar sahaja pada waktu operasi tambahan selepas waktu operasi biasa.

    Perkhidmatan ini dijalankan di:

      a.Klinik Kesihatan Jinjang

      b.Klinik Kesihatan Kuala Lumpur

      c.Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya

    Waktu Operasi:
    Isnin – Jumaat  : 5.00 petang hingga 8.00 malam
    Sabtu - Ahad  : TUTUP

    Klinik Extended hours TIDAK beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

     

     

  • Klinik Methadone

    Klinik Methadone

    Terdapat Klinik Kesihatan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya yang terlibat dengan Program Klinik Methadone ini, iaitu ;

    1. Klinik Kesihatan Kuala Lumpur

    2. Klinik Kesihatan Batu

    3. Klinik Kesihatan Jinjang

    Apakah itu Methadone?

    Methadone adalah sejenis rawatan menggunakan ubat bagi menghentikan mengambilan dadah jenis Opiate. Proses rawatan methadone dilakukan di bawah pengawasan dan penyeliaan Pegawai Perubatan secara teratur.

    Siapakah yang layak mengambil Methadone?

      1.Disahkan penagih dadah jenis Opiate seperti Heroin dan Morfin.

      2.Disahkan penagih dadah melebihi 2 tahun.

      3.Tiada kesan sampingan methadone yang teruk.

      4.Tiada masalah perubatan dan mental akut.

     Apakah Faedah Daripada Pengambilan Methadone?

      1.Mengurangkan risiko mendapat penyakit bawaan darah seperti HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C.

      2.Menghentikan pengambilan dadah secara suntikan.

      3.Mengurangkan tingkah laku berisiko dan jenayah.

      4.Mengembalikan penagih kepada keluarga dan masyarakat.

      5.Berubah menjadi individu yang lebih baik dan bertanggungjawab.

  • Klinik TIBI

    Apakah itu TIBI?


    Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan dengan sempurna. Penyakit Tibi ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacili) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain anggota badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.

  • Klinik Berhenti Merokok

    OBJEKTIF KHUSUS KLINIK BERHENTI MEROKOK INI ADALAH :

    • Memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada perokok tentang bahaya dan kesan negatif merokok.
    • Menyediakan bimbingan dan kaunseling individu bagi membantu perokok membuat keputusan untuk berhenti merokok.
    • Memberi kemahiran kepada perokok untuk menghentikan tabiat merokok secara terancang dan mengekalkan status tidak merokok.

    PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI KLINIK INI IALAH :

    • Menyediakan kaunseling individu berhenti merokok.
    • Memberikan tips dan panduan berhenti merokok.
    • Memberi terapi gantian nikotin untuk perokok-perokok yang mempunyai ketagihan sederhana dan tinggi.
    • Pemeriksaan status kesihatan.

    WAKTU OPERASI :

    Hari : Selasa & Rabu

    Masa : 2.30 petang - 5.00 petang

    Tempat : Klinik Kesihatan
     

    Kepada semua warga Klinik Kesihatan dan orang ramai yang berhasrat untuk berhenti merokok dan mendapatkan panduan serta nasihat pakar, sila hubungi Unit Pendidikan Pesakit di talian 06-2892281 / 2280 atau Klinik Berhenti Merokok di talian 06-2892446.

  • Perkhidmatan Pengimejan Diagnostik (X-Ray)

    Fasiliti terlibat:

    1. 1.Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
    2. 2.Klinik Kesihatan Tanglin
    3. 3.Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya
    4. 4.Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya
    5. 5.Klinik Kesihatan Batu

    Menyediakan perkhidmatan pengimejan yang dijalankan oleh Juru Xray.

    Jenis Xray yang boleh dibuat:
    • Chest Xray (dada)
    • Abdomen Xray
    • Spine (tulang belakang)
    • KUB (Kidney Ureter Bladder)
    • Ekstrimiti (Upper and lower limb)
    • Skull (rangka kepala)

    Pengimejan ultrasound adalah untuk kes-kes antenatal. (ibu mengandung)

  • Perkhidmatan Rehabilitasi (Fisio dan OT)

    Perkhidmatan yang diberikan merangkumi :

    Rawatan yang disediakan:
    # Electromodalities (wax/ultrasound/TENS/Inferential therapy)
    # Senaman
    # Manual Therapy ( joint mobilisation / Myofascial release)

    • PEMULIHAN CARAKERJA

    Unit Pemulihan Carakerja memberikan perkhidmatan pemulihan fizikal, mental dan emosi kepada pesakit yang dirujuk dengan menggunakan aktiviti yang berteraputik dan teknik untuk meningkatkan atau mengekalkan kefungsian optima individu bagi menghadapi cabaran dan mengubahsuai aktiviti yang bersesuaian agar individu dapat berdikari seoptimanya dalam kehidupan seharian mereka.

    Unit ini terlibat dalam program kesihatan seperti:
    # Program kanak-kanak berkeperluan khas
    # Program Warga Emas
    # Program Perawatan Domisiliari
    # Program Minda Sihat

  • Perkhidmatan Pergigian Yang Disediakan

    Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Primer

    Perkhidmatan Pergigian primer merupakan fokus utama yang meliputi penjagaan kesihatan pergigian seperti berikut :

                                                   

    i. Perkhidmatan Pergigian Toddler

    Program toddler dijalankan ke atas kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun di TASKA , KKIA dan Klinik Desa.Program ini bertujuan menanam kesedaran di kalangan ibubapa/ penjaga/ pengasuh/ kakitangan kesihatan terhadap kepentingan kesihatan mulut kanak-kanak tersebut untuk mengurangkan prevalan karies. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk sapuan fluoride kepada kanak-kanak tersebut dan memberi anticipitory kepada ibubapa / penjaga / pengasuh / kakitangan kesihatan .

    ii. Perkhidmatan Pergigian Pra Sekolah

    Perkhidmatan pergigian pra sekolah diberi kepada tadika-tadika kerajaan/pra sekolah dan tadika swasta yang memohon. Program ini bertujuan menanam minat serta kesedaran terhadap penjagaan kesihatan pergigian. Aktiviti-aktiviti di bawah program ini merangkumi latihan memberus gigi ,ceramah dan role play dan rawatan jika berkemampuan.

    iii. Perkhidmatan Pergigian Sekolah

    Perkhidmatan pergigian sekolah diberi secara inkremental kepada sekolah-sekolah yang dikenalpasti berdasarkan senarai sekolah yang diperolehi dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Lawatan dilakukan mengikut jadual iaitu setahun sekali dengan persetujuaan pihak sekolah. Rawatan diberikan kepada pelajar yang mempunyai kebenaran rawatan dari ibu/ bapa/ penjaga. Aktiviti pencegahan turut dijalankan seperti pendidikan kesihatan pergigian, latihan memberus gigi dan aplikasi sealan fisur.

    iv. Perkhidmatan Pergigian Ibu Mengandung

    Perkhidmatan pergigian kepada ibu mengandung diberikan melalui rujukan pihak KKIA ke klinik pergigian. Aktiviti yang dijalankan adalah pendidikan kesihatan pergigian anak dan pemeriksaan serta rawatan pergigian kepada ibu mengandung.

    v. Perkhidmatan Pergigian Warga Tua

    Penyampaian perkhidmatan adalah melalui kunjungan pegawai pergigian ke institusi warga tua yang terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Selain pemeriksaan dan rawatan pergigian, warga tua juga diberi pendidikan dalam penjagaan gigi palsu dan kesihatan mulut.

    vi. Perkhidmatan Pergigian Pesakit Luar

    Perkhidmatan pergigian pesakit luar diberikan kepada pesakit yang datang ke klinik pergigian. Pesakit dibawah umur 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu/ bapa/ penjaga sebelum menerima rawatan. Pesakit yang datang akan didaftarkan, diperiksa, diberi rawatan yang perlukan seperti cabutan, tampalan , penskaleran serta khidmat susulan. Rujukan ke Pakar Pergigian dilakukan apabila perlu.

    vii. Perkhidmatan Pergigian Kanak-kanak Keperluan Khas

    Kunjungan ke PDK dan Sekolah-sekolah khas ini dilakukan oleh Pasukan Pergigian Bergerak yang terdiri dari pegawai pergigian dan jururawat pergigian. Aktiviti yang dijalankan adalah pendidikan kesihatan pergigian kepada ibu bapa / penjaga, pemeriksaan dan rawatan pergigian serta latihan memberus gigi kepada kanak-kanak ini. Kanak-kanak dengan masalah kesihatan pergigian yang kompleks dirujuk ke Pakar Pergigian Peadiatrik untuk rawatan lanjut.

                                                   

    Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kepakaran

    i. Kepakaran Ortodontik

    Rawatan ortodontik adalah rawatan untuk merawat masalah susunan gigi yang tidak teratur seperti bertindih, terpusing atau jongang. Rawatan ini juga dikenali sebagai rawatan braces, atau istilahnya, pendakap gigi. Masalah gigi tidak teratur mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, seperti faktor keturunan, saiz tulang rahang dan gigi yang tidak seimbang, bentuk gigi yang tidak normal, kehilangan awal gigi susu atau gigi kekal, atau juga akibat tabiat yang tidak baik seperti menghisap jari atau putting tiruan selepas gigi kekal tumbuh. Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan ini boleh menjalankan pemeriksaan di mana-mana klinik pergigian berhampiran. Doktor pergigian akan merujuk anda kepada Pakar Ortodontik sekiranya didapati anda memerlukan rawatan tersebut. Bagi perkhidmatan kerajaan, keutamaan diberikan kepada murid-murid sekolah di bawah 17 tahun.

    ii. Kepakaran Periodontik

    Bidang Periodontik adalah suatu bidang khas untuk memelihara kesihatan tisu-tisu penyokong gigi, mencegah penyakit, merawat jangkitan serta mengembalikan fungsi tisu selepas jangkitan dapat diatasi. Kita sering mendengar mengenai kerosakan gigi yang memerlukan tampalan tetapi ramai yang kurang memahami kewujudan struktur penting yang dipanggil periodontium. Periodontium adalah struktur penyokong gigi yang terdiri dari gusi (gingiva), tulang alveolar, simentum permukaan akar dan ligament periodontium yang memegang gigi di dalam soket tulang alveolus. Bakteria  yang berada dalam mulut mampu menyelit masuk ke celah gusi dan seterusnya menyebabkan jangkitan periodontium.

    iii. Kepakaran Restoratif

    Pergigian Restoratif termasuklah pemulihan fungsi untuk memastikan gigi dlam keadaan sihat dan bebas dari kesakitan bagi pesakit mempunyai masalah kompleks. Pesakit dirujuk oleh pegawai pergigian atau pakar-pakar lain memerlukan rawatan khas atau mempunyai keperluan klinikal yang kompleks dan juga mereka yang mempunyai keperluan tertentu, dengan kecacatan kongenital atau kecacatan muka ‘acquired’, masalah perubatan atau masalah pembelajaran yang boleh menyebabkan implikasi semasa rawatan diberikan kepada mereka. Skop perkhidmatan kepakaran ini merangkumi prosedur konservatif advanced, endodontik, prostodontik tetap dan boleh tanggal serta implan. Penggunaan pelbagai jenis bahan pergigian bagi keperluan tertentu pesakit adalah diseimbangkan dengan kemahiran teknikal yang terlibat.

    iv. Kepakaran Bedah Mulut

    Bedah mulut adalah merupakan satu bidang kepakaran pergigian yang berkaitan dengan rawatan kecederaan muka, pembentukan semula bahagian sekitar mulut dan maksilofasial , pembedahan implan pergigian, penjagaan pesakit yang menghidapi tumor dan juga sista rahang serta memulihkan keadaan seperti fungsi dan estetik bahagian maksilofasial.pakar bedah mulut adalah ditempatkan di hospital dan mereka bekerjasama dengan pakar-pakar bidang lain di hospital dalam menguruskan pesakit.

    v. Kepakaran Pergigian Keperluan Khas

    Perkhidmatan Pergigian Keperluan Khas disediakan oleh pakar pergigian yang telah dilatih dengan baik dari segi pengendalian kelakuan pesakit yang mencabar, pesakit yang mempunyai masalah perubatan yang kompleks dan pesakit yang mempunyai masalah pemahaman dan pertumbuhan.

    vi. Kepakaran Kesihatan Awam Pergigian

    Pakar Kesihatan Awam Pergigian adalah bertanggungjawab dalam menyediakan penjagaan kesihatan pergigian kepada masyarakat sama ada melalui strategi-strategi berasaskan penduduk dan program-program kemasyarakatan. Pakar Kesihatan Awam Pergigian juga bertanggungjawab dalam pembangunan dasar kesihatan pergigian, pengurusan program, promosi kesihtan pergigian dan pencegahan penyakit pergigian serta aspek-aspek keselamatan dan kesihatan bagi persekitaran klinikal.

                                                   

    Kesihatan Pergigian Komuniti / Masyarakat

    Tumpuan utama adalah pemfluoridaan bekalan air awam, aplikasi fluorida pada gigi molar kekal murid sekolah dan pengesanan awal lesi pra kanser dan kanser mulut. Pengawasan pemfluoridaan bekalan air awam dilakukan secara berkala iaitu sekali seminggu. Pengesanan awal lesi pra kanser dan kanser mulut dilakukan bersama-sama dengan aktiviti kemasyarakatan. Aplikasi sealant fisur pada gigi molar kekal dilakukan pada murid sekolah yang memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengurangkan kejadian karies.

                                                   

    Aktiviti Penggalakan Kesihatan Pergigian

    Unit ini berperanan membantu meningkatkan  taraf kesihatan pergigian individu dan masyarakat setempat melalui aktiviti pencegahan yang merangkumi pencegahan klinikal dan promosi kesihatan pergigian. Unit ini juga berperanan menyampaikan informasi tentang perkhidmatan pergigian yang diberikan  di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

Saringan Kesihatan

  • Saringan Kesihatan Warga Sihat (BSKK)

    Perkhidmatan Kesihatan Berintegrasi atau Bersepadu yang diperkenalkan pada tahun 2008 bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan mengurangkan beban penyakit. Pencapaian komponen saringan dan intervensi risiko kesihatan secara berintegrasi menjadi pengukur keberkesanan pendekatan ini.

    Saringan ini dilaksanakan menggunakan Borang Saringan Status Kesihatan (BSSK) untuk:
    • Remaja (10 hingga 19 tahun)
    • Dewasa Lelaki (20 hingga 59 tahun)
    • Dewasa Wanita (20 hingga 59 tahun)
    • Warga Emas (60 tahun ke atas)

    Saringan ini dijalankan di :
    • Klinik Kesihatan (semua kategori)
    • Klinik 1 Malaysia (Dewasa & Warga Emas)
    • Sekolah (Remaja)
    • Komuniti (semua kategori)

    Objektif:
    • Pengesanan awal faktor risisko
    • Pengesanan awal penyakit
    • Pengurusan awal penyakit untuk mengelakkan komplikasi

    Fokus saringan:
    • Sejarah Perubatan / Pembedahan / Reproduktif (peribadi dan keluarga)
    • Corak Pemakanan
    • Aktiviti Fizikal
    • Pengambilan Bahan / Ubatan
    • Kesihatan Mental
    • Ukuran Biometri

  • Saringan Kesihatan Wanita

    SARINGAN KESIHATAN WANITA 

    Perkhidmatan saringan yang disediakan ialah:

    1.Perkhidmatan Perancang Keluarga

    2.Pap Smear : Saringan Kanser Serviks

    3.Program Pemeriksaan Payudara

  • Saringan Kesihatan Tibi

    Apakah itu TIBI?


    Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan dengan sempurna. Penyakit Tibi ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacili) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain anggota badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.

  • Saringan Kesihatan HIV

    Apa itu HIV?

    Singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus, HIV menyerang sistem pertahanan badan manusia dan mendedahkan seseorang kepada AIDS.

    • a.HIV hanya menyerang manusia
    • b.Tidak ada orang yang mati kerana dijangkiti HIV
    • c.Boleh diuji dengan Ujian Antibodi HIV
    • d.Virus yang boleh menyebabkan AIDS

    Apa itu AIDS?

    Singkatan daripada Acquired Immune Deficiency Syndrome, AIDS merupakan gejala sekumpulan penyakit yang menyerang sistem pertahanan badan manusia setelah seseorang itu dijangkiti HIV.

    Acquired  : Tidak diwarisi

    Immune : Sistem pertahanan badan manusia

    Deficiency : Menjadi lemah

    Syndrome : Kumpulan penyakit

    Apa beza HIV dan AIDS?

    HIV merupakan virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia dan AIDS merupakan kumpulan penyakit hasil daripada jangkitan HIV. Dengan rawatan, people living with HIV (PLHIV) tidak semestinya mengidap AIDS. AIDS cuma sebagai satu indicator terhadap situasi kesihatan individu yang lemah imuniti tubuh dan terdedah kepada jangkitan.

  • Saringan Merokok

    Program Kesihatan Oral Tanpa Amalam Merokok (KOTAK) Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah

                                                   

    Pengenalan:

    Di bawah Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah, Program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK) telah dijalankan di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh WPKL&P bagi mengenalpasti murid yang merokok dan murid yang berisiko tinggi untuk merokok agar usaha pencegahan dan intervensi dapat dilakukan

                                                   

    Objektif:

     a. Untuk mengetahui status merokok dalam kalangan murid-murid menerusi saringan.

     b. Untuk mengetahui amalan  merokok dalam kalangan murid sekolah

     c. Untuk memberikan kesedaran kepada semua murid supaya menghindari amalan merokok

     d. Untuk memberikan intervensi kepada murid yang merokok supaya berhenti merokok

                                                   

    Aktiviti yang dijalankan:

    a. Saringan

        Proses saringan merokok dilakukan sewaktu pemeriksaan pergigian murid di sekolah bagi mengenalpasti status merokok murid      dari pengakuan murid, pemerhatian dan pemeriksaan mulut.

    b. Nasihat

        Nasihat kepada murid yang dikenalpasti akan diberikan untuk meningkatkan motivasi murid untuk mengatasi masalah merokok.

    c. Rujukan Kaunseling

        Murid yang dikenalpasti mempunyai masalah akan dirujuk kepada pakar kaunseling.     

  • Saringan Kanser Mulut

    OBJEKTIF

    i. Untuk melakukan saringan terhadap orang dewasa yang berumur 20 tahun ke atas bagi pengesanan awal prakanser dan kanser    mulut dalam komuniti berisiko tinggi yang dikenalpasti.

    ii. Untuk menjalankan opportunistic screening bagi pengesanan awal prakanser dan kanser mulut di kalangan orang dewasa yang     menghadiri program komuniti dan menghadiri klinik

    iii. Untuk mengesan kes-kes prakanser dan kanser mulut,membuat rujukan dan pemantauan komplians pesakit yang dirujuk

    iv. Untuk mendidik masyarakat umum dan komuniti berisiko tinggi mengenai faktor risiko, tanda-tanda awal kanser mulut dan      pemeriksaan mulut kendiri (Mouth Self Examination, MSE).

                                                                                     

    KRITERIA BAGI PESAKIT YANG AKAN DISARING

    i. Semua pesakit dewasa berumur 20 tahun ke atas dan warganegara Malaysia yang hadir ke Klinik Pergigian di bawah JKWPKL&P

    ii. Pesakit yang mempunyai  risiko tinggi untuk mendapat kanser mulut seperti merokok, mengunyah sireh/tembakau atau meminum     alkohol dan lain-lain.

    iii. Pesakit yang mempunyai lesi mulut  akan terus  dirujuk kepada Klinik Pakar Bedah / Patologi Mulut.

  • Program IKON Gigi

    Pelaksanaan Program Ikon Gigi (i-GG)

                                                   

    Program yang dijalankan melalui konsep kesukarelawan dan pemerkasaan masyarakat dengan menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti promosi kesihatan pergigian. Wakil komuniti yang dipilih dikenali sebagai ikon gigi akan menjadi medium perantara dalam penyampaian maklumat kesihatan pergigian kepada komuniti di sekelilingnya

                                                   

    SIAPAKAH YANG BOELH MENJADI IKON GIGI? :

    Individu yang mempunyai minat dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan.

                                                   

    FUNGSI & PERANAN i-GG :

    a. Sukarelawan i-GG akan bekerjasama dengan anggota pergigian yang dilantik untuk merancang dan melaksanakan aktiviti     promosi kesihatan pergigian.

    b. Sukarelawan i-GG akan menjadi sebagai role model dalam kalangan masyarakat setempat

    c. Sukarelawan i-GG akan menyampaikan mesej kesihatan pergigian kepada masyarakat setempat

         

  • Klinik Pergigian Mesra Promosi

    KLINIK PERGIGIAN MESRA PROMOSI

    PENGENALAN

    Salah satu teras pelan starategik Kementerian Kesihatan Malaysia 2016-2020 adalah untuk mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kesihatan khusunya di peringkat klinik pergigian. Oleh itu perkhidmatan kesihatan pergigian di klinik pergigian , harus megandungi komponan rawatan, pencegahan dan promosi . Gabungan komponen tersebut sangat penting dalam memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan yang holistik kepada rakyat. Kinik Pergigian Mesra promosi akan menjadi teras utama dalam menerajui hala tuju masa hadapan perkhidmatan kesihatan pergigian secara hollistik. Transformasi perkhidmatan secara holistik ini akan dapat memberikan status kesihatan pergigian yang lebih baik bagi menjamin kualiti hidup rakyat Malaysia

     

    OBJEKTIF
    Secara khusus , objektif Klinik Pergigian mesra Promosi adalah untuk :
    • 1 . Menjadikan klinik pergigian sebagai satu pusat tarikan untuk ramai datang ke klinik pergigian secara berkala bersama keluarga
    • 2. Memperkukuhkan komponen pencegahan kesihatan pergigian yang di sediakan di klinik pergigian
    • 3. Memperkukuhkan komponen promosi kesihatan pergigian di klinik pergigian
    • 4. Memperkasakan peranan anggota kesihatan pergigian dalam aspek promosi dan pencegahan kesihatan pergigian
    • 5. Melaksanakan satu mekanisme pemantauan dan penilaian yang berkesan bagi penambahbaikan perkhidmatan di klinik pergigian

     

    PELAKSANAAN

    Sebagai permulaan, pada tahun 2018 sebuah klinik pergigian telah dipilih sebagai rintis pelaksanaan Klinik pergigian Mesra Promosi di Wilayah persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya . Klinik pergigian tersebut ialah Klinik Pergigian Tanglin iaitu Klinik Pergigian di bawah Zon Lembah Pantai.Memasuki tahun 2020,terdapat pertambahan klinik yang melaksanakan Klinik Pergigan Mesra Promosi ini iaitu terdiri daripada Klinik pergigian Setapak di Zon Titiwangsa, Klinik Pergigan Cheras di Zon Cheras, Klinik Pergigian Batu di Zon Kepong dan Klinik Pergigian Putrajaya Presint 18 di Zon Putrajaya.

    Ringkasan kepada aktiviti pergigian pencegahan Klinikal dan promosi di Klinik pergigian mesra promosi (KPMP) adalah seperti berikut:

    • Ringkasan kepada aktiviti pergigian pencegahan Klinikal dan promosi di Klinik pergigian mesra promosi (KPMP) adalah seperti berikut:

    • 1. Komponen Perkhidmatan Pergigian Pencegahan Klinikal :

    • a) Menjalankan prosedur Fisur sealant berdasarkan keperluan

    • b) Menjalankan prosedur Fluoride Varnish berdasarkan

    • c) Memberirikan khidmat nasihat Merokok , dan nasihat pemakanan sihat.

    • d) Menjalankan pengesanan awal lesi kanser mulut

    • 2. Komponen Aktiviti Promosi Kesiahatan pergigian:

    • a) Mempamerkan pameran interaktif di mana temanya di tukar setiap 2 minggu

    • b) Menyediakan sudut "Anda tanya Kami jawab" dimana sesi khidmat nasihat di berikan berdasarkan keperluan pesakit teramsuk menjawab aduan.

    • c) Tayangan Video di mana video info kesihatan pergigian yang di kemaskini sekurang-kurangnya 5 video dengan urutan yang berlainan setiap hari.

    • d) Membuat persembahan khas sekurang-kurangnya sekali seminggu seperti Dental Buskers, Boneka, bercerita secara kreatif.