Perutusan Pengarah

Terima kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P). Dalam arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi masakini, Jabatan ini komited menyalurkan maklumat terkini berkaitan  hebahan kesihatan, perkhidmatan yang disediakan di hospital dan klinik, perkhidmatan dan pengurusan kesihatan di bawah seliaan JKWPKL&P serta pelbagai lagi maklumat kepada warga Jabatan ini khasnya dan masyarakat umum amnya. Melalui medium rasmi ini, saya berharap warga kerja Jabatan dan masyarakat mengambil tanggungjawab untuk memperkasakan pengetahuan tentang kesihatan diri dan keluarga supaya dapat bersama-sama kita merealisasikan impian melahirkan masyarakat yang sihat sepanjang hayat.

Ungkapan KAMI SEDIA MEMBANTU jelas membuktikan komitmen JKWPKL&P dalam membantu melahirkan masyarakat yang peka kepada kesihatan diri yang secara langsungnya dapat meningkatkan taraf kesihatan negara. Saya mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung portal ini bagi memantapkan lagi pengurusan kesihatan dan kemudahan yang disediakan oleh Jabatan ini. Selamat melayari Portal Rasmi JKWPKL&P  

Sekian, terima kasih

PENGARAH KESIHATAN NEGERI

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA