PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan

1. Pelanggan akan mula menerima perkhidmatan di Klinik Kesihatan/ Farmasi dalam masa 30 minit selepas pendaftaran atau kad     diimbas:

  • Klinik Kesihatan
  • Farmasi
  • > 75% Pesakit Luar di Klinik Pergigian Mendapat Rawatan Dalam Masa 30 minit

2. Di Jabatan Kecemasan,pelanggan akan dikategorikan mengikut keutamaan kes kepada berikut:

  • Zon Merah : Pesakit akan dirawat
  • Zon Kuning : Pesakit akan diperiksa dalam masa 15 minit

3. Sijil Kesihatan dikeluarkan setelah dokumen dan maklumat lengkap diperolehi daripada Syarikat yang memohon dalam masa :

  • 3 hari bekerja (sekiranya produk mempunyai sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan).
  • 21 hari bekerja (sekiranya produk tiada sijil HACCP).

4. Sijil Jualan Bebas dikeluarkan kepada Syarikat yang memohon dalam masa 24 jam setelah dokumen dan maklumat lengkap     diperolehi.

5. Selepas menerima permohonan baru yang lengkap daripada pelanggan :

  • Lawatan ke premis pemohon bagi tujuan lesen hospital dan klinik akan dilakukan dalam masa 14 hari bekerja.
  • Pengeluaran lesen / permit baru ( racun jenis A, B, E, Permit Naoh dan Permit Psikotropik) yang dikeluarkan dibawah Akta Racun 1952 dalam tempoh 10 hari bekerja.

6. Kawalan pencegahan wabak dalam tempoh 24 jam dari tarikh notifikasi yang diterima bagi semua penyakit berjangkit.

7. Siasatan kes kematian akibat penyakit berjangkit adalah dalam tempoh 24 jam dari tarikh notifikasi diterima.

8. Pengurusan aduan pelanggan direkod dan dimaklumkan penerimaannya dalam tempoh 3 hari bekerja dan dijawab kepada pengadu     tentang tindakan yang telah dibuat dalam tempoh masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

9. Pengurusan pembayaran Bil dan Tuntutan dijelaskan dalam tempoh masa 14 hari daripada tarikh pengesahan kelulusan     pembayaran.