INFORMASI KESIHATAN

  • Informasi Mengenai Suntikan Imunisasi

    Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.

    Jadual 1. Jadual Imunisasi Program Imunisasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia

    Nota:

    • BCG adalah Basile Calmette-Guerin, Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.
    • DTap adalah kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.
    • DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.
    • Hib adalah Haemophilus Influenzae type B.
    • MMR adalah Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.
    • MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.
    • JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
    • HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.

    Imunisasi bagi kanak-kanak yang lewat ke klinik untuk lawatan pertama (tidak pernah diberi imunisasi)

    Bagi kanak-kanak ini yang lewat ke klinik untuk mendapatkan suntikan vaksin, imunisasi seharusnya dimulakan pada lawatan pertama ke klinik. Cadangan jadual berdasarkan umur bila kanak-kanak tersebut datang ke klinik.

    Cadangan jadual untuk imunisasi yang tidak terkandung Program Imunisasi Kebangsaan:

    Vaksin berikut boleh didapati di hospital atau klinik swasta:

    sumber daripada: http://www.myhealth.gov.my/jadual-imunisasi/

  • Informasi Mengenai Penjagaan Berat Badan

    PENGURUSAN BERAT BADAN

    Bagaimana Mengetahui Status Berat Badan Saya?

    Anda boleh menilai status berat badan dengan pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI). Indeks Jisim Tubuh menentukan sama ada anda mempunyai risiko yang tinggi atau rendah dalam mengalami masalah kesihatan. BMI adalah formula untuk menilai berat badan berbanding dengan ketinggian anda. Ia di kira menggunakan formula seperti berikut

    Apa Itu Berat Badan Yang Normal?

    Jika nilai BMI anda adalah di antara 18.5 sehingga kurang daripada 25, maka berat badan anda adalah normal. Contoh , seorang perempuan dengan ketinggian 1.5 meter dan berat badan 53 kg akan mempunyai IJT :

    53/(1.5 x 1.5) = 23.5 kg/m2

    ( berat badan normal)

     

    Mengapa Penting Untuk Mengekalkan Berat Badan Yang Normal?

    Berat badan mempunyai pengaruh yang besar ke atas kesihatan sepanjang hayat. Mengekalkan berat badan yang normal boleh mengurangkan risiko pelbagai komplikasi kesihatan. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes berisiko tinggi mendapat penyakit seperti, darah tinggi, sakit jantung, penyakit pundi hempedu dan osteoarthritis. Obesiti juga meningkatkan risiko bagi sesetengah jenis kanser seperti kanser kolon, rektum, prostat, pundi hempedu, serviks, endometrium dan ovari. Obesiti turut memberi kesan kepada pergerakan , ketahanan fizikal dan fungsi fizikal yang lain. Mereka yang obes juga mungkin mempunyai kurang yakin terhadap diri sendiri.

     

    Bagaimana Mengira Berat Badan Normal?

    Sekiranya anda seorang wanita ketinggian 1.6m, maka berat badan normal anda adalah :-

    (18.5-24.5) 1.6 x 1.6 = 47.5kg hingga 63.7kg

     

    Bagaimana Saya Boleh Mengekalkan Berat Badan Yang Normal?

    Tip yang sihat dan praktikal untuk mengekalkan berat badan normal :

    a.Kekalkan berat badan dalam julat antara 18.5 kg/m2 dan 24.9 kg/m2.

    b.Rancang diet sihat yang mengandungi pelbagai jenis makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.

    c.Kekal aktif setiap hari. Mereka yang sentiasa aktif akan berjaya mengekalkan berat badan. Cara hidup yang aktif akan memberi   banyak kebaikan di dalam pengurusan berat badan, jantung yang sihat, tulang yang kuat dan mengurangkan stres. Untuk    pengurusan berat badan, anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal secara sederhana selama 30 minit sehari (4 – 5 kali sehari).    Jangka masa yang pendek dibenarkan tetapi dikumpulkan sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

     

    Apa Itu Kurang Berat Badan?

    Anda mengalami kurang berat badan jika BMI anda kurang daripada 18.5 kg/m2.

     

    Apakah Penyebab Kurang Berat Badan?

    Kurang berat badan adalah keadaan di mana pengambilan tenaga kurang daripada yang digunakan. Masalah lain yang menyebabkan kurang berat badan ialah :

    a.Kecelaruan pemakanan seperti Anoreksia Nervosa atau Bulimia

    b.Masalah perubatan yang lain

     

    Bagaimana Untuk Menambah Berat Badan Dengan Cara Yang Sihat?

    Tip yang sihat dan praktikal untuk menambah berat badan :

    a.Rancang untuk menambah hidangan makanan.

      Makan melebihi keperluan merupakan kunci untuk penambahan berat badan. Oleh itu, anda perlu menambah pengambilan    makanan anda.

    b.Bersnek secara bijak.

       Bersnek secara bijak memainkan peranan utama dalam meningkatkan berat badan. Selain daripada menambah hidangan, ianya     penting untuk meningkatkan pengambilan tenaga. Pilih snek yang mengandungi kalori tambahan, vitamin dan mineral. Contohnya     keju atau mentega kacang ditambahkan pada biskut kraker.

    c.Pilih makanan yang berkalori tinggi

       Pilih makanan berkalori tinggi untuk menambah berat badan. Pilih makanan atau menu berdasarkan Piramid Makanan Malaysia dan    digalakkan untuk mengambil saiz hidangan tambahan. Bagi mereka yang mengalami kekurangan berat badan, digalakkan untuk    makan walaupun mereka tidak lapar.

    d.Elakkan melangkau waktu makan utama

       Hidangan utama seperti sarapan, makan tengah hari dan makan malam perlu diambil dan pengambilan snek sihat di antara waktu    makan adalah digalakkan.

    e.Bagaimana anda boleh mula?

      Mulakan dengan memilih makanan berkalori tinggi daripada setiap kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.   Ianya termasuk lemak, minyak dan gula dalam kadar yang sederhana. Sasarkan pengambilan makanan berdasarkan bilangan    hidangan yang maksimum bagi setiap kumpulan makanan tersebut. Penambahan kalori berlebihan secara kreatif di dalam hidangan   pada setiap hari akan memberi keseronokan semasa menikmati hidangan. Contoh: pemilihan minuman berkalori tinggi,    penambahan keju dan sos di dalam sandwic.

    f. Sasarkan kenaikan berat badan secara beransur

    g.Semak keperluan tenaga harian untuk mengetahui berapa tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan berat badan.

    (Rujuk kepada formula pengiraan tenaga keperluan harian).(Rujuk contoh menu mengikut kalori yang ditetapkan).

     

    Apa Itu Berlebihan Berat Badan?

    Anda dikatakan berlebihan berat badan jika Indeks Jisim Tubuh (BMI) anda adalah di antara 25.0 kg/m2 hingga kurang daripada 30.0 kg/m2

     

    Apa itu obesiti?

    Obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi keperluan. Anda dikatakan obes sekiranya Indeks Jisim Tubuh(BMI)anda mencapai 30.0 kg/m2 atau lebih.

     

     

  • Informasi Kesihatan Pergigian
  • Informasi Farmasi