KETUA JABATAN

MOHD SYAZWAN BIN MOHD TAHIR

 

PENGENALAN

 

Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Putrajaya telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan merupakan sebuah unit sokongan klinikal yang beroperasi di bawah penyeliaan Timbalan Pengarah Perubatan II.

Tujuan utama Unit Pendidikan Kesihatan diwujudkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kesihatan dan promosi kesihatan bagi menggalakkan perubahan tingkahlaku yang positif di kalangan pesakit, ahli keluarga pesakit, orang awam dan kakitangan hospital dalam mewujudkan kehidupan yang lebih berkualiti.

Unit ini dianggotai oleh seorang Pegawai Pendidikan Kesihatan dan dibantu oleh seorang Pembantu Operasi.

 

  1. Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (KBM)
  2. Kelas Pendidikan Pesakit
  3. Pameran Berjadual
  4. Menerbit dan membekalkan bahan pendidikan kesihatan
  5. Penyelenggaraan dan peminjaman bahan-bahan pendidikan kesihatan (poster, pamplet, CD, video, carta selak dan sebagainya)
  6. Aktiviti Promosi Kesihatan (Kempen Kempen Cara Hidup Sihat, Program Intervensi Pengurusan Berat Badan (IfitEr), Kempen Derma Darah, Kempen Pendermaan Organ)
  7. Sambutan Hari Khas Kesihatan

 

 

 

Unit Pendidikan Kesihatan beroperasi setiap hari pada waktu pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang).

Pejabat

Hari

Masa

Urusan pejabat

Isnin - Jumaat

8.00pg - 5.00ptg

 

Manakala Klinik Berhenti Merokok beroperasi pada ketetapan berikut:

Klinik

Hari

Masa

Klini Berhenti Merokok

Setiap Isnin & Selasa

9.00pg - 5.00ptg

 

 

 

Unit 03, Blok F,

Aras 7,

Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR),

Jalan Temoleh P8G,

62250, Presint 8,

Putrajaya

 

 

 

 

 

 

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi

03-8892 4359 / 4360 / 4361