{slider title= "1. Di manakah lokasi Hospital Putrajaya?" class="blue"}
Hospital Putrajaya terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 7, 62250 PUTRAJAYA
{/sliders}

{slider title="2. Bagaimanakah caranya untuk pelanggan mendapatkan rawatan atau membuat temujanji pemeriksaan di Hospital Putrajaya?" class="red"}Hospital Putrajaya (HPj) adalah merupakan hospital rujukan. Bagi mendapatkan perkhidmatan pakar di HPj, pesakit perlu mendapatkan surat rujukan daripada mana-mana Hospital/Klinik Kesihatan kerajaan ataupun swasta untuk dirujuk ke HPj. Seterusnya, pesakit perlu membawa surat rujukan ke klinik pakar Hospital Putrajaya yang berkaitan untuk mendapatkan temujanji.

Kaunter Klinik Pakar Hospital Putrajaya dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
{/sliders}

{slider title="3. Berapakah kadar deposit hospital bagi pelanggan dalam warganegara dan bukan warganegara?" class="blue"}

Warganegara :

Kategori Deposit
Perubatan Pembedahan

Perbidanan & Sakit Puan

RM RM RM

 

Kelas 1

 

1,050.00 1,650.00 800.00

Kelas 3

Terdapat di fasiliti Institut Endokrin dan PBBR

20.00 30.00 15.00

 

 

Bukan Warganegara :

Kategori Deposit
Perubatan Pembedahan

Perbidanan & Sakit Puan

RM RM RM

 

Kelas 1

 

7,000.00 11,000.00 7,000.00

Kelas 3

Terdapat di fasiliti Institut Endokrin sahaja

1,400.00 2,800.00 -

{/sliders}
{slider title="4. Apakah prosedur pendaftaran pelanggan sebelum waktu temujanji Klinik Pakar?" class="blue"}

Hospital Putrajaya telah mengambil langkah untuk melaksanakan pendaftaran 30 minit sebelum waktu temujanji. Tujuan pelaksanaan ini adalah seperti berikut:

a) Memastikan pendaftaran pesakit dilakukan dalam masa 30 minit sebelum masa temujanji yang telah ditetapkan oleh klinik pakar. Ini bagi memastikan setiap pesakit hadir mengikut masa temujanji yang telah dijadualkan.


b) Sistem pendaftaran 30 minit sebelum waktu temujanji adalah diharapkan akan memberi impak yang positif dalam pengendalian pesakit di klinik-klinik pakar terutama dalam meminimakan masa menunggu untuk mendapatkan rawatan.
{/sliders}

{slider title="5. Bagaimana caranya atau prosedur untuk bersalin di Hospital Putrajaya dan berapakah caj yang dikenakan?" class="red"}

Bagi tujuan bersalin di HPj, pesakit tidak dibenarkan untuk membuat tempahan perkhidmatan bersalin. Sekiranya pesakit mengalami tanda-tanda untuk bersalin, pesakit dinasihatkan untuk terus ke Dewan Bersalin. Deposit bersalin adalah berjumlah RM 800.00 bagi warganegara Malaysia

 

Kemasukan ke wad adalah tertakluk kepada kekosongan wad pada hari pesakit dijangka bersalin. Sekiranya pihak kami tidak dapat memberi perkhidmatan kepada pesakit, pesakit boleh dirujuk ke hospital lain setelah mengambil kira faktor keselamatan dan keadaan pesakit.
{/sliders}

{slider title="6. Siapakah yang boleh mendapatkan pengurangan/pengecualian bil hospital?" class="blue"}

Pesakit yang disenaraikan dalam Panduan Kemudahan Rawatan Perubatan dan membawa dokumen yang diperlukan seperti pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan.

Kes penyakit berjangkit seperti yang digariskan dalam Akta Fi 1951 (warganegara) dan Surat Pekeliling KSU KKM Bil.2 Tahun 2016 (bukan warganegara).{/sliders}

{slider title="7. Adakah kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dibenarkan melawat pesakit di wad?" class="red"}
Tidak, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah dilarang untuk melawat pesakit di wad. Larangan ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya jangkitan silang (cross infection). Peraturan ini juga dikuatkuasakan bagi menghormati pesakit-pesakit lain di wad.
{/sliders}

{slider title="8. Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?" class="blue"}

Ya, Waris dibenarkan menjaga pesakit di dalam wad. Pesakit wanita hanya boleh ditemani oleh penjaga wanita sahaja.
{/sliders}

{slider title="9. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit/waris" class="red"}

Tidak. Pihak hospital tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital.
{/sliders}

{slider title="10. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma?" class="blue"}

Kecemasan merupakan keadaan di mana sekiranya anda tidak diberikan rawatan dengan segera, ada kemungkinan berlakunya kehilangan nyawa atau cacat kekal, atau sekiranya rawatan ditangguh dengan lebih lama, keadaan anda akan bertambah teruk. Antara contoh kes kecemasan adalah:

  • serangan jantung;
  • sesak nafas;
  • sawan;
  • tidak sedarkan diri;
  • degupan jantung yang laju;
  • kemalangan di jalan raya/tempat kerja/domestik,
  • kepatahan;
  • melecur; dan
  • pendarahan yang banyak.

Kes-kes yang boleh dirawat di zon kecemasan meliputi kes-kes akut multi disiplin termasuk perubatan, pembedahan dan kes-kes trauma. Kes-kes ini akan dibahagikan dirawat mengikut keutamaan dan tahap penyakit tersebut sama ada

  • kritikal (Zon Merah),
  • Separa kritikal (Zon Kuning) dan
  • tidak kritikal (Zon Hijau).

Sistem ini dinamakan sistem saringan (triage). Sistem saringan ini adalah berdasarkan Malaysian Triage Scale (MTS) yang di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.{/sliders} 

{slider title="11. Apakah kaedah lain untuk mengambil ubat jika tidak dapat hadir ke kaunter Farmasi?" class="red"}

Pesakit boleh membuat permohonan pengambilan ubat susulan melalui salah satu Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi yang ditawarkan oleh Jabatan Farmasi:

  1. Farmasi Pandu Lalu (Farmasi Take n Go atau DrivethroughHPj @ IKN)
  2. Ubat Melalui Pos (UMP)
  3. MediBox (loker ubat). 

 Sebarang tempahan Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi adalah melalui website dan aplikasi MyUBAT. Aplikasi boleh dimuat turun di:

  1. App Store 
  2. Google Play 
  3. AppGallery 
  4. website MyUbat

 Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan boleh hubungi: Farmasi Klinik Pakar (VAS) di talian 03-8312 4200 samb. 1404/1429 atau 03-83124247.

{/sliders}

{slider title="12. Berapa hari permohonan tempahan Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi ini perlu dibuat?" class="blue"}

Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 hari bekerja sebelum tarikh pengambilan untuk Farmasi Pandu Lalu (Take n Go dan Drivethrough HPj @ IKN) dan MediBox (loker ubat).

 Bagi perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP), permohonan melalui aplikasi MyUbat perlu dibuat selewat-lewatnya 3 minggu sebelum tarikh pengambilan ubat.

{/sliders}

{slider title= "13. Adakah HPj menjalankan pemeriksaan kesihatan (Full Medical check-up)?" class="blue"}
HPj tidak menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan (medical check-up). Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut boleh didapati di klinik-klinik kesihatan kerajaan atau swasta yang berdekatan.
{/sliders}

{slider title="14. Adakah HPj menyediakan suntikan meningitis umrah?" class="red"}
Tidak. Suntikan meningitis umrah boleh dijalankan di klinik swasta.
{/sliders}

{slider title="15. Adakah HPj menyediakan ujian saringan HIV Pra Perkahwinan?" class="blue"}

Tidak. Ujian saringan HIV bagi urusan perkahwinan hanya disediakan di klinik kesihatan kerajaan.
{/sliders}

{slider title="16. Adakah HPj menyediakan perkhidmatan shuttle bagi memudahkan urusan pelanggan di Hospital Putrajaya?" class="red"}

Ya, perkhidmatan shuttle disediakan secara percuma untuk kegunaan semua pesakit dan pelanggan daripada Putrajaya Sentral ke Hospital Putrajaya.

 Perkhidmatan ini disediakan setiap 30 minit dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.30 pagi hingga 6.00 petang.

Sila Klik Untuk Maklumat Terperinci

{/sliders}

{slider title="17. Apakah prosedur untuk melakukan derma darah?" class="blue"}

Hospital Putrajaya tidak menyediakan perkhidmatan derma darah. Namun begitu, Pusat Darah Negara akan menganjurkan Kempen Derma Darah di Hospital Putrajaya dari semasa ke semasa. Tarikh kempen akan dimaklumkan di laman web HPj dan Facebook HPj.

 Sebagai alternatif, pelawat boleh mengunjungi Suite Derma Darah PDN di Puspanita, Presint 10 yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

{/sliders}