Pengenalan
Apa itu EKSA
EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Ia diterajui oleh MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010. Ianya bertujuan bagi meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat serta melahirkan idea dan aktiviti yang kreatif dan berinovasi.
Pengenalan EKSA
EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi kerja dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.