KLINIK KESIHATAN SENTUL

  Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Sentul asalnya adalah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA JTI) Jalan Tun Ismail terletak di Jalan Tun Ismail bersebelahan Balai Bomba Maxwell. Klinik ini mula beroperasi dari tahun 1963 di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Klinik ini terpaksa dipindahkan ke Bandar Baru Sentul disebabkan premis kerap mengalami banjir kilat. Kejadian banjir kilat telah melanda sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2006, 2008 dan 2009. Akibat dari banjir, banyak dokumen penting dan harta benda rosak dan hanyut. Klinik baru ini mula beroperasi pada bulan November 2009. Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Sentul telah diambil alih pentadbiran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dibawah pengurusan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada bulan Februari 2010.

Klinik Kesihatan Sentul mula dibuka pada tahun 1979 di Jalan Perhentian Off, Jalan Haji Salleh Sentul. Selepas Klinik Ibu dan Anak Sentul mula beroperasi di Mini UTC Sentul pada bulan Februari 2010. Klinik Kesihatan Sentul mula berpindah dan bergabung dengan Klinik Ibu dan Anak Sentul pada November 2010, dan dikenali sebagai Klinik Kesihatan Sentul yang baru. Klinik ini terletak di tingkat 2, Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Jalan 3/48 A dan kini dikenali sebagai Mini Urban Transformation Centre (UTC). Kompleks ini terletak di kawasan perumahan di kawasan Parlimen Batu. Keluasan lantai klinik adalah 1,373 meter persegi (14,775 kaki persegi) dan mempunyai 14 buah bilik termasuk sebuah bilik mesyuarat
 
    Ketua Klinik: Klinik Kesihatan Sentul    
    Pakar Perunding Perubatan Keluarga Lot 13725 , Jalan Segambut    
    1 Segambut Tengah,     
      51200 Kuala Lumpur    
    Pegawai Perubatan Y/M      
    2.   Dr Anitha Rachel       Tel: 03-62500594                  
      Fax:     
      Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.    
           
  JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK KESIHATAN SENTUL  
  Waktu Operasi Klinik  
  HARI WAKTU PERKHIDMATAN  
  ISNIN - JUMAAT 8.00 pagi - 5.00 petang  
  SABTU, AHAD & CUTI UMUM TUTUP  
  Pemberian Nombor Panggilan Dan Pendaftaran  
  ISNIN - JUMAAT 7.30 pagi - 5.00 petang  
  Waktu Operasi Klinik Infeksi  
  ISNIN - JUMAAT 8.00 pagi - 5.00 petang  
  SABTU, AHAD & CUTI UMUM TUTUP  
           
    Kemudahan/ khidmat yang disediakan:    
    1)    Perkhidmatan Pesakit Luar & Pakar Perubatan Keluarga    
    a)    Perkhidmatan Penyakit Kronik    
    b)    Perkhidmatan Berhenti Merokok dan ketagihan alcohol    
    c)    Perkhidmatan Saringan Kesihatan     
    d)    Perkhidmatan Kesihatan Sebelum Mengandung    
    e)    Perkhidmatan Diabetik    
    f)     Perkhidmatan Asma    
    g)    Perkhidmatan Klinik Infeksi    
    h)    Perkhidmatan Saringan Pap Smear, HPV dan kanser payudara    
    i)     Perkhidmatan Saringan HIV tanpa nama dan Saringan HIV Pra Perkahwinan    
    j)     Perkhidmatan Nasihat Dietetik    
         
    2)    Perkhidmatan Ibu dan Anak & Pakar Perubatan Keluarga    
    a)    Kesihatan Ibu Mengandung    
    b)    Kesihatan Kanak – Kanak dan Sains Pemakanan    
    c)    Perkhidmatan Kesihatan Sebelum Mengandung    
    d)    Pasukan Kesihatan Sekolah    
    e)    Lawatan Rumah Ibu Posnatal    
    f)     Lawatan Rumah Kes Risiko Ibu & Anak    
    g)    Lawatan Rumah Kes Cicir Pelalian & Temujanji    
       
    3)    Perkhidmatan Sokongan Klinikal    
    a)   Perkhidmatan Patologi (Di hantar ke klinik  kesihatan berdekatan untuk ujian, keputusan
      akan di email semula kepada pihak klinik)
   
         
    4)    Perkhidmatan Farmasi    
    a)    Perkhidmatan Pendispensan Ubat    
    b)    Perkhidmatan Kaunseling    
    c)    Perkhidmatan Program Farmakoterapi Berhenti Merokok    
    d)    Perkhidmatan Drug Information Service (DIS)    
    e)    Aktiviti Penggunaan Ubat Secara Berkualiti (PUB-P)    
    f)     Perkhidmatan Tambah Nilai - Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP 1M)    
    g)    Perkhidmatan Tambah Nilai - Sistem Temujanji & Lain-lain Perkhidmatan    
         
  Cara perkhidmatan ini di berikan kepada orang awam:  
 
Semasa tempoh pasca PKP dan PKPB pelanggan disarankan untuk mendapatkan temujanji melalui telefon , email atau  system temujanji atas talian. Tidak digalakkan datang sendiri ke klinik tanpa temujanji kecuali kes kecemasan. Temujanji juga dijalankan secara sistem temujanji berperingkat dan telefon konsultasi untuk memastikan penjarakan sosial dapat dikekalkan
 
 

 

SILA IMBAS QR KOD UNTUK BUAT TEMUJANJI DI KLINIK KESIHATAN

 

Peta Lokasi: