Klinik Kesihatan Jinjang

  Klinik Kesihatan Jinjang mula beroperasi pada ogos 1977 di bawah pentadbiran Hospital Kuala Lumpur. Pentadbiran diambilalih sepenuhnya oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Januari 2002. Pada 2 Mei 2006. KK Jinjang mula beroperasi ditempat baru dengan keluasan tapak 3 hektar dan keluasan klinik 5405 meter persegi. KK  Jinjang  merupakan salah satu klinik kesihatan di bawah pentadbiran Pejabat Kesihatan Kepong. KK Jinjang dapat menampung kehadiran pelanggan sehingga 1300 orang sehari dan menyediakan perkhidmatan Primary Care bagi penduduk setempat. KK Jinjang menyediakan pelbagai jenis fasiliti kemudahan awam untuk keselesaan pelanggan dan juga untuk kakitangan. Berikut adalah infomasi klinik untuk di hubungi oleh pelanggan  
    Ketua Klinik: Klinik Kesihatan Jinjang    
    Pakar Perunding Perubatan Keluarga No2, Jinjang Setia 3    
    1.   Dr. Norazlina bt Siddik      Jinjang Utara Tambahan    
      52000 Kuala Lumpur    
    Pegawai Perubatan Y/M      
    2.   Dr. Raja Nur Adani Binti Raja Aris   Tel: 03-6258 3355        
      Fax: 03-6257 8603    
      Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.    
           
  JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK KESIHATAN JINJANG  
  Waktu Operasi Klinik  
  HARI WAKTU PERKHIDMATAN  
  ISNIN - JUMAAT 8.00 pagi - 5.00 petang  
  SABTU, AHAD & CUTI UMUM TUTUP  
  Pemberian Nombor Panggilan Dan Pendaftaran  
  ISNIN - JUMAAT 7.30 pagi - 4.30 petang  
           
  Klinik ini merupakan klinik yang mengunakan sistem Teleprimary Care untuk menyimpan maklumat pesakit. Sistem ini membolehkan maklumat pesakit di lihat di 4 buah klinik kesihatan lain yang mengunakan sistem yang sama di Kuala Lumpur & Putrajaya  
    Kemudahan/ khidmat yang disediakan:    
    1)    Perkhidmatan Pesakit Luar & Pakar Perubatan Keluarga    
    a)    Perkhidmatan Penyakit Kronik    
    b)    Perkhidmatan Berhenti Merokok dan ketagihan alcohol    
    c)    Perkhidmatan Saringan Kesihatan     
    d)    Perkhidmatan Kesihatan Mental     
    e)    Perkhidmatan Diabetik    
    f)     Perkhidmatan Asma    
    g)    Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas dan Remaja    
    h)    Perkhidmatan Saringan Pap Smear    
    i)     Perkhidmatan Saringan HIV tanpa nama dan Saringan HIV Pra Perkahwinan    
    j)     Perkhidmatan Nasihat Dietetik    
    k)    Perkhidmatan Pain Clinic    
    l)     Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan    
    m)   Perkhidmatan Klinik Infeksi Seksual    
    n)    Perkhidmatan Methadon    
    o)    Perkhidmatan Kesihatan Orang Kurang Upaya    
    p)    Perkhidmatan Kesihatan sebelum mengandung (Klinik Pra Pregnancy)    
    q)    Perkhidmatan Kecemasan    
    r)    Perkhidmatan Klinik Alkohol    
    s)   Perkhidmatan Klinik Penjagaan Luka    
    t)    Perkhidmatan Klinik Virtual    
    u)   Perkhidmatan Saringan PEKA B40    
         
    2)    Perkhidmatan Ibu dan Anak & Pakar Perubatan Keluarga    
    a)    Kesihatan Ibu Mengandung    
    b)    Kesihatan Kanak – Kanak dan Sains Pemakanan    
    c)    Kesihatan Wanita    
    d)    Pasukan Kesihatan Sekolah    
    e)    Lawatan Rumah Ibu Posnatal    
    f)     Lawatan Rumah Kes Risiko Ibu & Anak    
    g)    Lawatan Rumah Kes Cicir Pelalian & Temujanji
 
   
    3)    Perkhidmatan Pergigian    
    a)    Kepakaran Restoratif    
    b)    Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Primer    
    i.   Perkhidmatan Pergigian Toddler    
    ii.  Pra Sekolah    
    iii  Program Penjagaan Kesihatan Pergigian Incremental Sekolah Rendah dan Menengah    
    iv. Ibu Mengandung    
    v.  Pesakit Luar    
    d)    Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Masyarakat    
    i.  Promosi Kesihatan Pergigian    
    ii. Program Khidmat Masyarakat    
    iii. Aktiviti Pencegahan Klinikal    
    e)    Perkhidmatan Pesakit Luar Pergigian    
         
    4)    Perkhidmatan Sokongan Klinikal    
    a)    Pengimejan Diagnostik Radiografi (Xray)    
    b)    Perkhidmatan Pathologi Kimia    
    c)    Perkhidmatan Rehabilitasi    
    d)    Perkhidmatan Pemakanan    
    e)    Perkhidmatan Dietetik    
    f)     Perkhidmatan Klinik Optometris    
           
    5)    Perkhidmatan Farmasi    
    a)    Perkhidmatan Pendispensan Ubat    
    b)    Perkhidmatan Kaunseling    
    c)    Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)    
    d)    Perkhidmatan Program Farmakoterapi Berhenti Merokok    
    e)    Perkhidmatan Rawatan Therapi Gantian Methadone    
    f)     Perkhidmatan Tambah Nilai - Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP 1M)    
    g)    Perkhidmatan Tambah Nilai - Sistem Temujanji & Lain-lain Perkhidmatan    
    h)    Perkhidmatan Tambah Nilai - Farmasi Pandu Lalu    
    i)     Perkhidmatan Drug Information Service (DIS)    
    j)     Aktiviti Penggunaan Ubat Secara Berkualiti (PUB-P)    
    k)    Perkhidmatan Tambah Nilai – Park & Take    
           
  Cara perkhidmatan ini di berikan kepada orang awam:  
 
Semasa tempoh pasca PKP dan PKPB pelanggan disarankan untuk mendapatkan temujanji melalui telefon , email atau  system temujanji atas talian. Tidak digalakkan datang sendiri ke klinik tanpa temujanji kecuali kes kecemasan. Temujanji juga dijalankan secara sistem temujanji berperingkat dan telefon konsultasi untuk memastikan penjarakan sosial dapat dikekalkan
 
 

 

SILA IMBAS QR KOD UNTUK BUAT TEMUJANJI DI KLINIK KESIHATAN

 

Peta Lokasi: