Informasi Bahagian Farmasi

Pengenalan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKWPKL&P

Pengenalan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (BPF JKWPKL&P) bertanggungjawab ke atas pengurusan, perancangan dan pembangunan perkhidmatan farmasi di JKWPKL&P dalam memastikan ubat-ubatan adalah berkualiti dan mencukupi untuk keperluan semua fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di W.P. Kuala Lumpur dan Putrajaya. BPF JKWPKL&P meliputi tiga aktiviti utama iaitu Pengurusan Farmasi, Amalan dan Perkembangan Farmasi, dan Penguatkuasaan Farmasi.

 

Piagam Pelanggan

1.            Pelanggan akan mula menerima perkhidmatan di Klinik Kesihatan Farmasi dalam masa 30minit selepas pendaftaran atau kad diimbas.

2.            Pengeluaran lesen/permit baru (racun jenis A, B, E, Permit NaOH dan Permit Psikotropik) yang dikeluarkan di bawah Akta Racun 1952 dalam tempoh 10 hari bekerja.