Visi JKWPKL&P
"Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Mengembleng Tenaga Ke Arah Kesihatan Yang Lebih Baik."
Misi JKWPKL&P
Misi JKWPKL & P adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i. Untuk membolehkan dan memudahkan penduduk Kuala Lumpur
- Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
ii. Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi, iaitu
- Mengutamakan pelanggan
- Saksama
- Tidak membebankan
- Cekap
- Wajar mengikut teknologi
- Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- Inovatif
iii. Dengan menekankan
- Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- Sifat menghormati maruah insan
- Penglibatan masyarakat