Piagam Pelanggan

1. Pelanggan akan mula menerima perkhidmatan di Klinik Kesihatan/ Farmasi dalam masa 30 minit selepas pendaftaran atau kad     diimbas:

  • Klinik Kesihatan
  • Farmasi
  • > 75% Pesakit Luar di Klinik Pergigian Mendapat Rawatan Dalam Masa 30 minit

2. Di Jabatan Kecemasan,pelanggan akan dikategorikan mengikut keutamaan kes kepada berikut:

  • Zon Merah : Pesakit akan dirawat
  • Zon Kuning : Pesakit akan diperiksa dalam masa 15 minit

3. Sijil Kesihatan dikeluarkan setelah dokumen dan maklumat lengkap diperolehi daripada Syarikat yang memohon dalam masa :

  • 3 hari bekerja (sekiranya produk mempunyai sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan).
  • 21 hari bekerja (sekiranya produk tiada sijil HACCP).

4. Sijil Jualan Bebas dikeluarkan kepada Syarikat yang memohon dalam masa 24 jam setelah dokumen dan maklumat lengkap     diperolehi.

5. Permohonan lesen/permit BARU dan PEMBAHARUAN lesen/permit akan dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh jabatan.

6. Kawalan pencegahan wabak dalam tempoh 24 jam dari tarikh notifikasi yang diterima bagi semua penyakit berjangkit.

7. Siasatan kes kematian akibat penyakit berjangkit adalah dalam tempoh 24 jam dari tarikh notifikasi diterima.

8. Pengurusan aduan pelanggan direkod dan dimaklumkan penerimaannya dalam tempoh 3 hari bekerja dan dijawab kepada pengadu     tentang tindakan yang telah dibuat dalam tempoh masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

9. Pengurusan pembayaran Bil dan Tuntutan dijelaskan dalam tempoh masa 14 hari daripada tarikh pengesahan kelulusan     pembayaran.

|Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan April|