VISI, MISI, DASAR KUALITI DAN OBJEKTIF KUALITI
Menjadi Institusi Perubatan Rehabilitasi terulung negara dengan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif.
- Mencapai potensi optimum bagi pesakit melalui penyampaian perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi yang komprehensif melalui pendekatan interdisiplinari.
- Menjadi pusat latihan terkemuka dalam perubatan rehabilitasi bagi pelbagai kategori kakitangan penjagaan kesihatan termasuk Pakar, Pengamal Perubatan Dan Pergigian, Profesional Kesihatan Bersekutu, dan Paramedik.
- Menjadi pusat terkemuka dalam penyelidikan dan inovasi untuk Perubatan Rehabilitasi.
- Mencapai kecemerlangan dalam Perubatan Rehabilitasi melalui advokasi dan kerjasama strategik peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa.
- Hospital Rehabilitasi Cheras komited untuk menjadi sebuah institusi kepakaran perubatan rehabilitasi yang cemerlang dengan menyediakan perkhidmatan yang efisien dan berkualiti; dan
- Hospital Rehabilitasi Cheras turut komited untuk mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti secara konsisten dan menjalankan penambahbaikan secara berterusan serta memenuhi keperluan pelanggan dan perundangan yang berkenaan.
- Memastikan sekurang-kurangnya 95% pesakit yang didaftarkan di Klinik Pakar menerima rawatan doktor dalam masa 90 minit;
- Memastikan Pelan Rehabilitasi Interdisiplinari dan Penilaian Aras Kefungsian (Functional Outcome Assessment) dilaksanakan untuk semua pesakit yang dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan rehabilitasi;
- Memantau Kadar Kepuasan Pelanggan agar mencapai sekurang-kurangnya 90%,
- Keselamatan pesakit dijamin berdasarkan indikator Malaysia Patient Safety Goals yang berkaitan; dan
- Memastikan semua aduan yang diterima oleh pihak hospital diambil tindakan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.