SLOGAN HOSPITAL
Slogan merupakan satu cara untuk mengungkapkan gambaran mengenai sesuatu produk atau intitusi itu sendiri. Justeru, setelah sedekad penubuhan, HRC kini mempunyai slogan tersendiri.
H – Holistic (Menyeluruh)
R – Resilience (Ketabahan)
C – Compassionate (Penyayang)
Setiap satunya mempunyai naratif jelas iaitu H – Holistic atau membawa maksud Menyeluruh mencerminkan perkhidmatan yang diberikan kepada para pesakit kami adalah secara menyeluruh merangkumi perubatan dan terapi fizikal, emosi dan dalaman. Ianya selaras dengan Visi HRC iaitu untuk menjadi Hospital Rehabilitasi bertaraf dunia dengan memberikan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh.
Manakala R – Resilience atau Ketabahan pula melambangkan perihal tabah, keberanian, kecekalan hati dan keteguhan hati yang harus ada pada setiap diri pelanggan HRC tidak kira Pelanggan Dalaman (kakitangan) mahu pun Pelanggan Luaran (Pesakit, Ahli Keluarga, Waris dan Pelawat) untuk sama-sama memberikan sokongan antara satu-sama yang lain untuk terus melangkah maju ke hadapan.
C – Compassionate atau Penyayang yang menggambarkan salah satu daripada Nilai Teras Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana setiap warga KKM hendaklah sentiasa komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian; memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra pelanggan, dengan sopan santun, responsif dan menghormati hak individu.