Search
Search

JABATAN PATOLOGI

PENGENALAN

Jabatan Patologi Hospital Rehabilitasi Cheras menyediakan perkhidmatan sokongan klinikal khusus dalam bidang diagnostik penyakit.  Berlokasi di aras G Bangunan HRC, jabatan ini memulakan perkhidmatan pada tanggal 2 Julai 2012 serentak dengan permulaan perkhidmatan klinikal pada ketika itu.  Organisasi ini terdiri daripada seorang Pegawai Sains (Kimia Hayat), sepuluh orang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan dua orang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).

Jabatan Patologi adalah komited dalam menyediakan perkhidmatan patologi yang cekap dan efektif bagi menyokong keperluan perkhidmatan perubatan rehabilitasi demi menaikkan taraf kesihatan masyarakat. Organisasi kami akan sentiasa berusaha untuk memastikan keperluan dan harapan pelanggan diberi perhatian sewajarnya untuk meningkatkan kualiti perawatan pesakit.

Jabatan Patologi HRC sedang giat dalam memastikan perkhidmatan yang disediakan memenuhi keperluan persijilan dan akreditasi ISO 9001, ISO 15189 dan MSQH. Kami sedaya upaya cuba untuk menggunakan teknologi yang sesuai dan pengetahuan yang terkini serta bersikap tulus dan peka terhadap keperluan pelanggan.  Selain itu juga, semua ujian yang dijalankan dipastikan selaras dengan prosedur dan menggunakan kaedah yang sesuai.

Jabatan Patologi juga berhasrat untuk membangunkan budaya kualiti berasaskan kerja berpasukan dan profesionalisme dan memastikan semua kakitangan jabatan adalah cekap dan mematuhi polisi, prosedur, garis panduan, piawaian dan peraturan.

FUNGSI JABATAN

1. Menyediakan dan memudahcara perkhidmatan ujian makmal diagnostik bagi menyokong program dan perkhidmatan perubatan rehabilitasi di HRC.

2. Memberikan khidmat nasihat dan perundingan berkenaan perkhidmatan makmal patologi.

Pintu Masuk ke Jabatan Patologi
pato-spesimen
Penerimaan Spesimen

Hopsital Rehabilitasi Cheras Pathology Services Handbook 2022

pato-time
pato-time