UNIT KUALITI PENJAGAAN PERUBATAN
PENGENALAN
Unit Kualiti Hospital Rehabilitasi Cheras ditubuhkan pada bulan Julai 2012 bagi menjalankan tugas-tugas penyelarasan aktiviti peningkatan kualiti peringkat hospital.
Bahagian Pendidikan Kesihatan pula bertanggungjawab terhadap promosi kesihatan, penerbitan dan pengedaran bahan disamping melaksanakan program-program khas perkhidmatan berkaitan pendidikan kesihatan di hospital.
OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN
- Kadar klien berjaya berhenti merokok mencapai sekurang-kurangnya lebih 30% dalam tempoh 6 bulan.
- Mengumpul data pendidikan kesihatan sekurang-kurangnya 85% dari wad, klinik, unit dan jabatan yang terlibat untuk Laporan Sistem Pengumpulan Maklumat Aktiviti Promosi Kesihatan.
AKTIVITI-AKTIVITI UNIT KUALITI
- Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman ISO 9001 : 2015
- Lawatan Pemantauan Hospital oleh Unit Pengurusan Hospital, JKWP
- Audit Luaran ISO 9001 : 2015 oleh Bureau Veritas
- Taklimat pelaksanaan Audit KPI/ HPIA
AKTIVITI-AKTIVITI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
- Pameran berterusan di lobi utama HRC tentang isu-isu kesihatan semasa
- Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
- Memberi panduan berhenti merokok
- Menyediakan kaunseling individu berhenti merokok
- Program Aktiviti Fizikal
- Menyelaras aktiviti X-Break di HRC
- Mengadakan program aktiviti fizikal berjadual
- KOSPEN PLUS
- Menyampaikan maklumat dengan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan yang menjurus ke arah perubahan tingkah laku positif di kalangan staf HRC
