SEMINAR PENGHAYATAN HIBAH DAN FARAID 2026

13 OGOS 2026 - Seminar Penghayatan Faraid dan Hibah Dalam Islam Peringkat Hospital Putrajaya Tahun 2026 telah berlangsung di Auditorium HPJ. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Peguam Syarie dari Wali Azri & Associates, iaitu Tuan Mohd Azri bin Alias dan Tuan Mohd Faisal bin Mohd Salleh atas pengisian slot yang amat mendalam meliputi aspek Faraid, Hibah, Pengurusan Pusaka, mahupun Harta Sepencarian. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi panduan berguna buat kita semua dalam merancang masa depan harta demi kemaslahatan waris tercinta.