SAMBUTAN JUBLI PERAK ANESTESIA 2025
8 NOVEMBER 2025 - Seawal 7 pagi peserta berkumpul untuk sesi pemanasan badan sebelum pelepasan Fun Ride 25 km yang disempurnakan oleh Dr Sabariah Binti Mahmud, Pakar Perunding Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal Hospital Putrajaya. Sejurus selepas kayuhan dilepaskan, Workout Party bermula di perkarangan hospital dengan gabungan BollyX, Zumba, Zafina, Burn, Pound dan Yoga. Ada yang kayuh, ada yang menari dan bersenam dengan Pound stick, semua bergerak aktif mengikut rentak muzik.
Pengunjung turut berpeluang mengunjungi reruai Hari Anestesia Kebangsaan yang memberikan pengalaman melakukan CPR menggunakan mannequin latihan, melihat lebih dekat mesin dan alatan yang digunakan di dalam Operation Theater, pameran derma organ, serta gerai makanan, minuman juga produk kesihatan. Suasana meriah dengan sesi bergambar, aktiviti pendidikan kesihatan dan perkongsian maklumat oleh pasukan Anestesiologi.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Dr Hariati binti Jamil, Timbalan Pengarah Perubatan I, manakala sesi cabutan bertuah disampaikan oleh Encik Anthony Dinesh A/L Balan, Timbalan Pengarah Pengurusan HPj. Tahniah kepada Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal atas penganjuran program serta 25 tahun sumbangan cemerlang kepada HPj. Terima kasih kepada warga HPj, rakan kolaborasi dan peserta yang hadir memeriahkan acara. Spin Groove Celebrate.




