SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2024

21 OKTOBER 2024 - Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Putrajaya dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menganjurkan Hari Kesihatan Mental Seduna 2024 di Peringkat Hospital Putrajaya. Hari Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day) disambut pada 10 Oktober setiap tahun dan objektif utama sambutan ini ialah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat, dan yang lebih utama, untuk mengurangkan stigma yang masih wujud terhadap isu ini.

Program ini dipengerusikan oleh Dr Azizul Awaluddin (Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Psikiatri) & Dr Rozita Abdul Rahman (Pegawai Kesihatan PK Putrajaya ) dan telah diselaraskan oleh Timbalan Pengerusi Program, Dr Nadia Amira Ashikin (Pakar Psikiatri H.Putrajaya), dan Dr Suhaila Abdullah (Pakar Perubatan Awam, Ketua Sektor NCD PK Putrarajaya). Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai hampir 200 peserta secara keseluruhan yang terdiri daripada kakitangan Hospital Putrajaya, Instititut Kanser Negara, Pejabat Kesihatan WP Putrajaya, PERKESO, Syarikat Konsensi dan pelajar sekolah menengah di sekitar WP Putrajaya.

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Dr Suraya binti Amir Husin Pengarah Hospital Putrajaya diiringi oleh YBrs. Dr Mohammad Khairol Anwar bin Yusop, Timbalan Pengarah Perubatan II, Dr Nur Zulaikha Binti Nordin ,Ketua Penolong Pengarah Kanan Perubatan 1, dan Dr Munira Binti Shamim Husain, Ketua Penolong Pengarah Kanan Perubatan II, Hospital Putrajaya .

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Forum Utamakan Kesihatan Mental Sedunia yang dikendalikan oleh barisan panel , Dr Azizul Awaluddin (Pengerusi Program, Ketua Jabatan & Pakar Perunding Psikiatri), Dr Nik Khairol Reza bin Md Yazin (Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar), En. Muhammad Hilman bin Sayuti (Pengurus Kes PERKESO), dan Puan Maznah binti Ibrahim Pegawai Psikologi ( Pegawai Psikologi Kaunseling ).

Aktiviti-aktiviti lain seperti sesi kaunseling, pameran kesihatan yang terdiri daripada Social Enterprise MENTARI Putrajaya, Unit Fisioterapi dan Unit Pemulihan Carakerja, Jabatan Farmasi Hospital Putrajaya dan PERKESO, serta pertandingan Choral Speaking peringkat sekolah menengah, kuiz dan banyak lagi. Marilah bersama-sama kita cakna akan kepentingan keseimbangan antara pekerjaan dan kesihatan mental.