NATIONAL ANESTHESIA DAY 2024 PERINGKAT HOSPITAL PUTRAJAYA
16 OKTOBER 2024 - National Anesthesia Day atau Ether Day merupakan sambutan tahunan yang disambut di seluruh dunia bagi memperingati prosedur anesthesia pertama yang berjaya dilakukan oleh William T.G Morton pada 16 Oktober 1946 di Harvard School Of Medicine. Ini merupakan titik sejarah yang sangat penting bagi bidang pembedahan kerana penemuan ini telah membolehkan prosedur pembedahan dijalankan tanpa rasa sakit. Untuk makluman, pada tahun ini sambutan Hari Anesthesia Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 12 Oktober 2024 yang lepas di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dengan membawa tema Workforce Wellbeing: Finding Calm In Chaos.
Majlis sambutan National Anesthesia Day 2024 Peringkat Hospital Putrajaya telah dirasmikan oleh YBrs Dr. Nor’aishah Binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dan diiringi YBrs Dr Suraya Binti Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya bertempat di Auditorium Hospital Putrajaya. Tetamu kehormat turut dibawa melawat reruai-reruai pameran yang dibuka di Lobi Utama Hospital Putrajaya.




