LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) HOSPITAL PUTRAJAYA 2025
28 OKTOBER 2025 - Hospital Putrajaya telah melaksanakan Latihan Kebakaran (Fire Drill) 2025 melibatkan Wad 9A di Institut Endokrin dan Klinik Ortopedik di Blok Utama. Latihan ini dijalankan mengikut SOP Kod Merah Saga dan Kod Hijau Setempat, dengan penyertaan pasukan ERT, Radicare, Jabatan Kejuruteraan, jururawat, penyelia hospital serta pasukan perubatan. Aktiviti ini menguji keberkesanan sistem panggilan kecemasan, kecekapan pemindahan pesakit, serta koordinasi antara jabatan dalam situasi sebenar.
Hasil latihan menunjukkan peningkatan tahap kesiapsiagaan dan kefahaman peranan warga kerja dalam menangani kecemasan, di samping mengenal pasti beberapa ruang penambahbaikan terutama dari segi penggunaan peralatan komunikasi untuk memperkukuh aliran maklumat. Jutaan terima kasih kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Bomba WP Putrajaya atas kerjasama dan bimbingan sepanjang latihan dijalankan. Hospital Putrajaya kekal komited menjadikan keselamatan pesakit, pelawat dan warga kerja sebagai keutamaan.




