KURSUS BUDAYA KORPORAT HOSPITAL PUTRAJAYA 2025
22-23 SEPTEMBER 2025 - Hospital Putrajaya telah berjaya menganjurkan Kursus Budaya Korporat HPJ: “Patient Centered Service, We Serve We Care” pada 22–23 September 2025, bertempat di Dewan Masjid Daud Al Fathoni, Masjid Besi, dengan penglibatan seramai 55 orang peserta dan fasilitator. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Anthony Dinesh A/L Balan, Timbalan Pengarah Pengurusan, Hospital Putrajaya. Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman anggota mengenai asas budaya korporat KKM, memupuk integriti, memperkukuh kemahiran komunikasi dan kepimpinan, serta mengukuhkan budaya kerja berpasukan demi kecemerlangan perkhidmatan.
Sepanjang dua hari penganjuran, kursus ini turut menampilkan barisan penceramah berpengalaman:
Dr. Azrin bin Omar @ Nawi, Timbalan Pengarah Perubatan I, Institut Kanser Negara – Ketahanan Mental di Lapangan & Integriti dalam Perkhidmatan
Dr. Uma Visvalingam, Ketua Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Sungai Buloh – Kesihatan Mental & Pengurusan Stres
En. Mohd Isa bin Jasin, Ketua Seksyen Aduan dan Khidmat Pelanggan, Kementerian Sumber Manusia – Ketrampilan & Pengurusan Pelanggan
En. Affandy Sutrisno Tanjung, Pegawai Psikologi (Kaunseling), Klinik Kesihatan Seri Kembangan – Komunikasi Berkesan
Dr. Nor Shuhaila Shahril, Pakar Perunding Perubatan & Rheumatologi, Hospital Putrajaya – Asas Budaya Korporat: Nadi Kejayaan Perkhidmatan
En. Azrudin Bin Miskan, Jurupulih Cara Kerja, Hospital Putrajaya – Pause & Breathe: Relaksasi untuk Kesejahteraan Seharian
Selain itu, kursus turut dipenuhi aktiviti berkumpulan, energizer, kuiz, serta sesi team work challenge bagi mengekalkan momentum semangat peserta. Kursus ini diakhiri dengan sesi Coaching Leadership oleh Dr. Mohammad Khairol Anwar bin Yusop, Timbalan Pengarah Perubatan II, Hospital Putrajaya. Pihak hospital merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah, fasilitator serta peserta yang telah bersama-sama menjayakan kursus ini. Rata-rata peserta menyatakan rasa puas hati dengan perjalanan kursus yang ceria, menarik, dan penuh semangat kekitaan serta profesionalisme dalam perkhidmatan.




