KURSUS ASAS BAHASA ISYARAT 2026

22 - 23 JUN 2026 - Kursus Asas Bahasa Isyarat telah dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran peserta dalam memahami dan menggunakan bahasa isyarat sebagai medium komunikasi, khususnya dalam usaha memberi perkhidmatan yang lebih inklusif kepada komuniti kurang upaya pendengaran.

Program ini menampilkan penceramah iaitu Encik Mohamad Nazrul Azwa bin Zulkipply, Penolong Setiausaha Agung Persatuan Sukan Orang Pekak Wilayah Persekutuan (FTSDeaf) Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) serta Encik Mohd Yazid bin Bain, Naib Presiden Malaysia Deaf Sports Association (MSDeaf).

Kursus ini dianjurkan oleh Persatuan Fisioterapi dan Kecergasan Hospital Putrajaya dengan kerjasama Encik Wan Muhammad Ihsan bin Wan Nawi, Pengerusi Persatuan Fisioterapi dan Kecergasan Hospital Putrajaya

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Dr. Nur Zulaikha binti Nordin, Ketua Penolong Pengarah Perubatan HPj. turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah Dr. Ong Shin Ruenn, Pengerusi MSDeaf serta barisan atlet Sukan Orang Pekak Malaysia iaitu Trisya Rafael, Edmund Teo dan Muhammad Danial bin Moharam untuk membantu peserta dari sesi praktikal.

Melalui penganjuran kursus ini, peserta diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan dalam berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat serta menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih mesra, inklusif dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.