GOTONG-ROYONG BUBUR LAMBUK SURAU IBNU SINA HPJ 2026
6 MAC 2026 - Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya (HPJ) telah berjaya menganjurkan Program Gotong-Royong Bubur Lambuk bertempat di perkarangan hospital hari ini. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu melibatkan aktiviti 'rewang' memasak bubur secara beramai-ramai oleh jawatankuasa surau dan sukarelawan kakitangan. Sesi edaran bubur lambuk kepada kakitangan Hospital Putrajaya telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Suraya binti Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat memperkukuhkan lagi ukhuwah serta semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja HPJ.




