ANTIMICROBAL RESISTANCE (AMR) WORKSHOP 2024
17 OKTOBER 2024 - Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik, Hospital Putrajaya telah berjaya menganjurkan bengkel Antimicrobial Resistance (AMR) Workshop 2024. Program anjuran bersama JKWPKL ini menerima seramai 87 orang peserta bengkel yang terdiri daripada pelbagai profesion; pegawai perubatan, jururawat dan pegawai farmasi yang merangkumi Hospital Putrajaya, Institut Kanser Negara dan fasiliti Kesihatan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Antara objektif utama bengkel ini ialah bagi memantapkan lagi perawatan penyakit kepada pesakit-pesakit dengan penggunaan antimikrobial yang berhemah untuk mengawal kerintangan antimicrobial (Antimicrobial Resistance). Kesejahteraan pesakit sentiasa menjadi objektif utama dan keutamaan para pegawai kesihatan.
Bengkel yang diadakan di Auditorium Hospital Putrajaya ini telah dirasmikan oleh YBrs Dr. Muhammad Yusof Sibert, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) JKWPKL & Putrajaya diiringi oleh YBrs Dr. Suraya bt Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya. Semoga dengan perkongsian bengkel ini akan meningkatkan lagi kualiti perawatan kesihatan kepada para pelanggan Hospital Putrajaya.




