Unit Tibi / Kusta Unit Tibi / Kusta

Pengenalan

Unit ini bertanggungjawab dalam melaksanakan dan memantau aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit Tibi
(TB) dan Kusta di Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Penyakit tibi dan kusta telah menjejaskan kesihatan awam dari segi penderitaan dan telah menunjukkan kadar kematian yang membimbangkan saban tahun. Justeru itu Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengambil langkah-langkah yang sewajar dalam usaha mengekang penularan kes tibi dalam kalangan masyarakat dan sekaligus mensasarkan penyebaran penyakit ini dapat dibendung dari terus merebak menjelang 2035, ini selaras dengan sasaran yang ditetapkan oleh World Health Organisation (WHO) didalam “End TB Strategy” yang mensasarkan kadar insiden dapat diturunkan 90 berbanding data pada tahun 2015.

Objektif AM (Tibi)
Meningkatkan kadar pengesanan kes Tibi baru dan berulang kepada 95 per 100,000 penduduk di Wilaah Persekutuan Kuala Lumpur dan mengurangkan jumlah kematian sehingga 25% dari jumlah kes tahun menjelang tahun 2020.

Strategi Kawalan Tibi
•    Pemantapan kadar sukses rawatan Tibi.
•    Mengurangkan jumlah kes defaulter index dan konteks.
•    Meningkatkan pengesanan kes defauter index dan konteks.
•    Memperkukuhkan program Kawalan TB kanak kanak.

Objektif AM (Kusta)
Memperkasakan perkhidmatan kusta dengan melibatkan lebih banyak pihak dan meningkatkan pengesanan kes kusta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Strategi Kawalan Kusta
•    Mengenalpasti sentinel klinik kusta yang ada FMS dan MO terlatih berdasarkan bilangan kes kusta setempat.
•    Memastikan anggota Kesihatan di PKD/Klinik berkompetensi tinggi berkaitan penyakit kusta.
•    Aktiviti promosi kesedaran py.kusta terutama di daerah yang masih ada kes kusta.

 

Fungsi

Memantau Program Kawalan TB bagi JKWPKL& P

 

Aktiviti

 

  1. Notifikasi dan laporan kes Tibi
    • Berdasarkan sumber notifikasi dari e-notis dan input dari MyTB, data-data Kes baru Tibi semua jenis dan Kes Baru Tibi Kahak positif dapat dianalisa dan laporan dapat dikeluarkan secara harian, mingguan atau bulanan. Aktiviti kawalan akan dijalankan dalam tempoh selewat-lewatnya 1 minggu dari tarikh notifikasi. Laporan tibi adalah berdasarkan kepada format TBIS yang telah dimulakan sejak 2003
  2. Pengesahan kes Tibi
    • Semua kes yang disahkan Tibi  yang berjangkit  perlu disiasat oleh PPKP iaitu perlu mengesan sejumlah kes yang telah disasarkan setiap tahun mengikut formula dari WHO iaitu Kadar Pengesanan Kes , adalah 50 kes tibi baru smear +ve bagi setiap 100,000 penduduk.  Jenis Pengesanan adalah secara Aktif (melalui pengesanan kontak), Pasif (pesakit datang sendiri ) atau Saringan
  3. Pemantauan hasil rawatan Tibi
    • Pemantauan hasil rawatan adalah lebih tertumpu kepada kes Tibi smear positif mengikut kohort tahun sebelumnya. 8 kriteria yang dipantau adalah Kadar Sembuh, Sempurna Rawatan, Bertukar Diagnosa, Pindah Keluar/Hilang, Mati, Gagal Rawatan dan Masih dalam Rawatan. Manakala terdapat 11 indikator WHO berkaitan Tibi yang perlu dipantau setiap bulan termasuklah Kadar Kejadian Tibi (Incidendence Rate) yang juga merupakan KPI Ketua Pengarah Kesihatan.
  4. Program BCG
    • Sasarannya adalah 95% parut bagi pemberian BCG primer dan 99.5% kelahiran hidup mesti diberikan suntikan BCG bagi bayi baru lahir. Pemantauan Liputan ‘Primary Vaccination of BCG mengikut pusat suntikan dijalankan setiap 3 bulan.
  5. Perkhidmatan makmal
    • Menaiktarafkan PR 2 kpd  PR 1 dengan melengkapkan kemudahan diagnosa Tibi terutama mikroskopi. Semua JTMP mampu menjalankan ujian sapuan kahak yang betul dan bermutu. Keselamatan makmal di klinik kesihatan dan hospital juga sentiasa dipantau.
  6. Lain-lain program atau aktiviti
    • Menganjurkan Sambutan  Hari Tibi setiap tahun di samping menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan
    • Menganjurkan Latihan /modal insan untuk semua warga kerja JKWPKL & P yang terlibat secara langsung dalam menguruskan kes Tibi di Klinik Kesihatan dan hospital.

Tarikh Kemaskini : 01 November 2018

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times