Unit ini bertanggungjawab memastikan perlaksanaan semua dasar, polisi dan strategi Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung dengan industri, pensijilan dan pendidikan keselamatan makanan kepada industri dan pengguna.

- Merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti industri domestik di peringkat negeri.
- Melaksanakan aktiviti pembangunan keselamatan makanan di peringkat kantin dan dapur sekolah, Kompleks Sajian Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), dapur hospitaltaska, tadika, perkhidmatan makanan termasuk caterer dan kilang.
- Menjalankan audit pematuhan dan pengawasan bagi pelaksanaan skim pensijilan keselamatan makanan  seperti Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), Good Manufacturing Practice (GMP) dan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M).
- Menyelaraskan aktiviti ke atas Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan memantau pelaksanaan aktiviti pengendalian makanan.
- Melaksanakan system pre-market approval di peringkat negeri.
- Melaksanakan prosedur dan garis panduan mengenai kawalan industry domestik.
- Memberi khidmat nasihat kepada pihak industri mengenai keperluan keselamatan makanan.
- Menjalankan aktiviti promosi sistem pengurusan kualiti keselamatan makanan
- Mengurus bahan-bahan percetakan dan lain-lain bagi kegunaan pendidikan
- Menyelaras dan memproses permohonan bagi perlesenan air mineral semulajadi (AMS) dan air minuman berbungkus (AMB).
- Menyelia dan menyemak laporan verifikasi sumber bahan mentah, sumber air dan ais, pengangkutan dan premis pemprosesan.
- Memproses kelulusan sumber ais dan kenderaan.
- Bertanggungjawab sebagi urusetia bagi Jawatankuasa Perakuan baig pelesenan AMS, AMB dan kilang ais.
- Perhubungan awam, media dan industri

 
 

 

 Tarikh Kemaskini : 29 Mei 2014