Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit

Pengenalan

Cawangan ini berperanan dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan anggota kesihatan dan masyarakat umum mengenai faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit dan serta mempromosikan amalan gaya hidup yang sihat. Matlamat utama cawangan adalah untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti yang disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit agar tidak lagi menjadi masalah kesihatan awam serta mengesan pengidap penyakit tidak berjangkit di peringkat awal. Unit-unit yang terlibat di bawah Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit adalah:-

Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)

Unit Mental, Substance Abuse, Violent & Injury Prevention (MESVIP)

Unit Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) dan Kanser.

Unit Kawalan Pencegahan Penyakit DM dan Kardiovaskular

======================

Untuk mengurangkan kadar penyakit (Morbidity) dan Kematian (Mortality) yang disebabkan oleh keadaan atau penyakit tidak berjangkit supaya ia tidak menyebabkan masalah kesihatan awam, seterusnya mewujudkan masyarakat penyayang dan sihat.

Unit-unit yang terlibat di bawah Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit adalah:-

i) Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar (KPAS)

ii) Unit Mental, Substance Abuse, Violent & Injury Prevention (MeSVIP)

iii) Unit Life Style Disease (LSD)

 

• Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)

-    Mengawal dan menyelaras semua aktiviti yang melibatkan kesihatan pekerjaan di kalangan kakitangan JKWPKL&P
-    Mempromosikan dan mengekalkan keadaan fizikal, mental dan sosial tahap yang tertinggi  
-    Menjalankan aktiviti survelan penyakit pekerjaan, sanitasi alam sekitar, program surveilans penyakit berkaitan alam sekitar, promosi kesihatan dan keselamatan pekerjaan
-    Menjalankan Program KOSPEN Plus ditempat kerja
-    Memperkukuhkan Program Immmunisasi Hepatitis B di kalangan anggota
-    Menjalankan audit keselamatan dan kesihatan bagi kemudahan kesihatan
-    Memperkukuhkan program menghadapi bencana dan lain-lain.

•    Unit Mental, Substance Abuse, Violent & Injury Prevention (MESVIP)
-    Menjalankan Program Pencegahan Dan Kawalan Kesihatan Mental
-    Menjalankan Program Pencegahan Dan Kawalan Penyalahgunaan Alkohol.
-    Menjalankan Program Pencegahan Dan Kawalan Hasil Tembakau
-    Menjalankan Program Pencegahan Dan Kawalan Kecederaan Dan Keganasan

•    Unit Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) dan Kanser.
-    Merancang dan memantau program saringan dan program KOSPEN bagi setting komuniti
-    Menjalankan Program Pencegahan Dan Kawalan Kanser
-    Memberi perkhidmatan saringan kolorektal di semua klinik –klinik kesihatan di bawah penyeliaan JKWPKL&P.
-    Menyelaraskan program verifikasi kematian yang tidak disahkan oleh pegawai perubatan.

•    Unit Kawalan Pencegahan Penyakit DM dan Kardiovaskular
-    Melaksanakan  pemantauan, penilaian dan menganalisa reten rawatan serta komplikasi penyakit diabetes dan kardiovaskular
-    Merancang dan memantau aktiviti saringan dan kawalan  penyakit diabetes dan kardiovaskular
-    Merancang dan menyediakan program latihan pengukuhan rawatan diabetes dan kardiovaskular di klinik kesihatan

 

==================

  • Untuk mengurangkan kejadian penyakit (Morbidity) dan kematian (Mortality) yang disebabkan oleh keadaan dan cara hidup yang tidak sihat.
  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dikalangan anggota kesihatan dan masyarakat umum mengenai isu-isu semasa dan faktor penyebab penyakit.
  • Untuk menggalakkan kerjasama dan penglibatan agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat sekeliling dalam mengawasi Penyakit Tidak Berjangkit.

Tarikh Kemaskini : 01 November 2018

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times