Psikologi Kaunseling
Latarbelakang
Unit Psikologi Kaunseling (UPsK) yang telah ditubuhkan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan & Putrajaya di bawah Bahagian Pengurusan.
Unit ini dinamakan Unit Psikologi Kaunseling adalah kerana dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling, kaunselor/Pegawai Psikologi menggunakan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi bagi membantu klien menangani konflik dan isu-isu berkaitan. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling perlu bagi menghasilkan perkhidmatan kaunseling yang efektif dan profesional.
Fungsi Utama Unit Psikologi Kaunseling
- Melaksanakan program-program pembangunan modal insan anjuran Unit Psikologi Kaunseling dan usahasama dengan Bahagian dan Unit lain dalam Jabatan bagi keperluan latihan dan memperkasakan modal insan dalam kalangan penjawat awam.
- Menjalani sesi Klinik Psikologi Kaunseling / Intervensi ke atas klien/pesakit yang dirujuk / sukarela (walk in – bagi staff JKWPKL& P) bagi membantu penyelesaian isu & konflik yang dihadapi.
Prosedur Penerimaan Kes & Operasi Perkhidmatan Kaunseling
- Klien yang dirujuk perlulah menggunakan borang rujukan seperti berikut:
- Borang rujukan khidmat Kaunseling BKI/1/14 (Staff/Pesakit Luar)
- Borang rujukan dan borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat Unit Psikologi Kaunseling dan laman web. Borang rujukan hendaklah ditandatangani oleh doktor / pegawai yang merujuk.
- Hari Klinik Psikologi Kaunseling adalah pada hari Isnin – Jumaat
Hari | Masa |
Isnin – Khamis | 8.30 pagi – 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi – 12.30 tengahari / 3.30 petang – 4.30 petang |
Piagam Pelanggan
- Sesi Intervensi Psikologi Kaunseling dijalankan dalam masa 30 minit hingga 60 minit
- Norma perkhidmatan 30 minit = 1 sesi kaunseling.
- Kerahsiaan adalah keutamaan sesi intervensi/kaunseling
- Menyediakan dan memberikan perkhidmatan kaunseling secara profesional mengikut Piawaian Amalan Kaunseling,Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Setiap rujukan baru dan pemohonan bagi perkhidmatan kaunseling dikalangan kakitangan / pesakit luar akan diberi temujanji dalam tempoh tidak lebih 5 hari bekerja dari tarikh rujukan & pemohonan.
Kewajipan Pelanggan
- Setiap klien/pesakit yang tidak hadir untuk temujanji susulan berturut-turut selama 6 bulan dikehendaki mendapatkan surat rujukan baru.
- Pegawai Psikologi boleh mendapatkan maklumat tambahan tentang klien/pesakit dari keluarga terdekat apabila perlu.
- Klien/pelanggan perlu memaklumkan Pegawai Psikologi sekiranya tidak dapat hadir sesi temujanji susulan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh temujanji.
- Klien perlu datang 10 minit lebih awal daripada masa temujanji susulan yang telah ditetapkan.
Lokasi
Pejabat di Aras 2, Blok B bersebelahan dengan Unit Sumber Manusia Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.
Tarikh Kemaskini : 07 Januari 2019