Pejabat Kesihatan Putrajaya Pejabat Kesihatan Putrajaya

PENGENALAN

Pejabat Kesihatan Putrajaya mula ditubuhkan pada 1hb Januari 2001 yang terdiri daripada 5 sektor iaitu Sektor Pengurusan Kesihatan Awam, Sektor Pembangunan Kesihatan Keluarga, Sektor Kawalan Penyakit, Sektor Farmasi, Sektor Pemakanan, Sektor Promosi Kesihatan. Pejabat Kesihatan Pergigian Putrajaya mempunyai hubungan secara tidak langsung bersama Pejabat Kesihatan Putrajaya dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada orang awam.  

Pejabat Kesihatan Putrajaya bekerjasama dengan Unit Kesihatan, Perbadanan Putrajaya dalam melaksanakan aktiviti kesihatan dan pemantauan seperti berikut :

a)    Menyediakan perkhidmatan kesihatan keluarga.
b)    Menyediakan aktiviti kesihatan awam kawalan penyakit dan pendidikan kesihatan.
c)    Menyediakan promosi kesihatan dan penguatkuasaan undang-undang kesihatan.
d)    Menyediakan pengurusan kesihatan awam.

Bagi memberikan perkhidmatan kesihatan kepada warga Putrajaya, sebanyak 4 buah Klinik Kesihatan dan 2 buah Pusat Pemeriksaan Kesihatan beroperasi buat masa ini:

a)    Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9 (bermula 1 November 1999)
b)    Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 11 (bermula 26 September 2011)
c)    klinik Kesihatan Putrajaya Presint 14  (bermula 12 Disember 2011)    
d)    Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 (bermula Mac 2015)
e)    Pusat Pemeriksaan Kesihatan Penjawat Awam
f)    Pusat Pemeriksaan Kesihatan Wanita Puspanita      


ALAMAT

Pejabat Kesihatan Putrajaya
Jalan P11,2, Presint 11
62300 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 03- 8885 0400            Fax: 03 – 8890 1081

Pegawai Kesihatan (Pentadbir):
Dr. Zainal Abidin Bin Abu Bakar

 

VISI

Pejabat Kesihatan Putrajaya menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.


MISI

Misi Pejabat Kesihatan Putrajaya adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i.    Untuk memudah dan membolehkan penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya :

  • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan;
  • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga;
  • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka;     


ii.    Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

  • mengutamakan pelanggan;
  • saksama;
  •  tidak membebankan;
  • wajar mengikut teknologi;
  •  disesuaikan mengikut persekitaran;
  •  inovatif;    

iii.    Dengan menekankan:

  • sifat penyayang;
  • profesionalisme dan kerja berpasukan;
  • sifat menghormati maruah insan;
  •  penglibatan masyarakat.  

DASAR KUALITI

Dasar Kualiti Pejabat Kesihatan Putrajaya menerusi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 adalah seperti berikut :

 "Kami komited menjadikan Pejabat Kesihatan Putrajaya sebagai organisasi yang menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan serta berusaha membuat penambahbaikan berterusan demi meningkatkan tahap kesihatan pelanggan kami"

Dasar Kualiti ini telah dihebahkan kepada warga Pejabat Kesihatan Putrajaya dan dipinda mengikut kesesuaian perubahan semasa.

 

 

FUNGSI

Pejabat Kesihatan Putrajaya memainkan peranan merancang, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti kesihatan awam yang komprehensif termasuk aspek promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan penyakit dan masalah kesihatan, penguatkuasaan undang-undang kesihatan serta rehabilitasi kepada pelanggan di Putrajaya dan kawasan sekitarnya.

Tarikh Kemaskini : 21 Ogos 2019

has-been-access-x-times