Merancang keperluan, agihan dan penempatan. Mengurus hal ehwal perjawatan anggota. Merancang dan menguruskan hal ehwal kewangan. Menguruskan urusan hasil dan kewangan. Urusan emolumen. Urusan hal ehwal Pengurusan Sumber Manusia. Merancang keperluan pembangunan dan kemudahan kesihatan. Merancang & membina kemudahan sistem maklumat. Merancang pentadbiran & perolehan jabatan
Kesihatan Awam
Bahagian Kesihatan Awam merupakan bahagian yang terbesar di bawah pentadbiran JKWPKL. bahagian ini bertanggungjawab menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat di semua peringkat melalui penjagaan kesihatan asas dan memberi fokus kepada Perkhidmatan Kesihatan Keluarga, Kawalan Penyakit, Kawalan Mutu Makanan dan Pendidikan serta Promosi Kesihatan.
Perubatan
Bahagian Perubatan merupakan sebahagian daripada 5 bahagian utama JKWPKL&P. Fungsi utamanya adalah terdiri dari penyelarasan teknikal perkhidmatan rawatan perubatan, pengawasan pengurusan hospital, pelesenan serta penguatkuasaan perkhidmatan kesihatan dan perubatan swasta.
Farmasi
Bahagian ini bertanggungjawab dalam perancangan, pembangunan dan pelaksanaan melibatkan aktiviti pengurusan, amalan, perkembangan dan penguatkuasaan farmasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Pergigian
Perkhidmatan Pergigian Kerajaan Kuala Lumpur telah wujud sejak tahun 1929 lagi. Selepas kemerdekaan, perkhidmatan tersebut ditadbir pula oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Pada tahun 1974 pula Wilayah Persekutuan ditubuhkan dan Perkhidmatan Pergigian ini dipindah dibawah pentadbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai Jabatan Perkhidmatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam tahun 1978.
Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan
Aktiviti utama UKKM adalah melibatkan aktiviti Penguatkuasaan, Perkembangan Industri (Import/ Eksport/ Industri/ Pensijilan/ Pelesenan), dan Pemantauan & Penyelidikan.
Pautan Pantas
Kini aplikasi INTRANET menggunakan Single Sign-On (SSO) untuk warga JKWPKL&P