| 18 April 2014 Hubungi Kami | Maklum Balas | Bantuan | Soalan Lazim | Peta Laman

FAQ Pengurusan

FAQ Pengurusan

Unit Latihan dan Kualiti

  
1) Bilakah akan diadakan Kursus Induksi Umum dan Khusus / Program Transformasi Minda (PTM) bagi tahun 2012?


Kursus ini sepatutnya diadakan pada bulan Februari 2012, mengikut takwim yang disediakan oleh Unit Latihan. Sepertimana semua sedia maklum mulai tahun 2012  Kursus Induksi Umum dan Khusus telah ditukar kepada Program Transformasi Minda (PTM), dan terdapat beberapa perubahan pada modul tersebut.  Buat masa sekarang   pihak Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) KKM sedang merancang untuk mengadakan latihan (TOT) kepada penceramah dan Fasilitator dalam masa terdekat.  Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan melalui Memo atau email. 
    
2) Bila keputusan Kursus Induksi Umum dan Khusus?

        
Keputusan Kursus Induksi Umum dan Khusus boleh dimuat turun melalui laman web BPL KKM, paling cepat tiga (3) bulan dari tarikh anggota menghadiri kursus tersebut. 

     
3) Adakah nama pegawai tersenarai sebagai calon kursus Induksi Umum dan Khusus / PTM
         
Nama yang dipilih bagi menyertai kursus tersebut berdasarkan daripada maklumbalas yang terdapat pada sistem eInduksi. Anggota perlu menyemak senarai nama di PTJ masing-masing, dan jika tiada nama tersenarai perlulah dikemaskini di dalam sistem berkenaan. 

 

 

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6  7