Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC)

1.    Bagaimana cara untuk saya melaporkan atau membuat aduan tentang insiden kejadian penyakit berjangkit seperti Penyakit Tangan, Kaki, Mulut (HFMD), Keracunan Makanan, dan lain-lain penyakit berjangkit yang berlaku di kawasan     saya?
Anda boleh melaporkan atau membuat aduan semua  penyakit berjangkit seperti di atas kepada Unit Kawalan Penyakit Berjangkit di Pejabat Kesihatan Daerah di kawasan anda atau anda boleh menghubungi pihak kami di talian:03-26983757

2.    Bagaimana saya boleh mendapatkan vaksinasi seperti suntikan vaksinasi meningococal meningitis bagi tujuan menunaikan umrah?
    Anda boleh mendapatkan suntikan tersebut dengan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah di kawasan anda.

3.    Bilakah seseorang bayi boleh mendapatkan suntikan pelalian Campak?
Bayi boleh mendapatkan suntikan pelalian Campak apabila umurnya mencapai 1 tahun dan keatas. Bagi bayi atau kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas yang belum mendapatkan suntikan tersebut, ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkannya di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan anda.

4.    Bagaimana cara untuk saya mengetahui jika bayi atau kanak-kanak itu sudah atau belum mendapatkan suntikan Pelalian Campak ini?
Cara untuk mengetahui jika seseorang bayi atau kanak-kanak itu sudah atau belum mendapatkan suntikan Pelalian Campak, anda boleh menyemak buku kesihatan kanak-kanak yang diberikan atau merujuk ke Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan kawasan anda.

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14