| 23 Julai 2014 Hubungi Kami | Maklum Balas | Bantuan | Soalan Lazim | Peta Laman

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kualiti makanan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Perlaksanaan ini mengikut peruntukan, prosedur dan kod amali yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009.
    Di antara aktiviti yang dijalankan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah penguatkuasaan undang-undang, pemantauan dan penyelidikan, pendidikan pengguna, mempromosi keselamatan makanan kepada industri dan institusi awam dan swasta.
Untuk memastikan sektor pengeluaran makanan terus berkembang dengan maju dan dapat bersaing di pasaran antarabangsa, Bahagian Keselamatan dan kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya komited untuk sentiasa memberi tumpuan kepada industri makanan dalam membantu mereka meningkatkan status kebersihan dan memberi perkhidmatan teknikal profesional kepada industri makanan supaya pengusaha-pengusaha makanan dapat menghasilkan makanan yang bermutu tinggi dan memenuhi ciri-ciri keselamatan makanan.
    Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Keselamatan dan Kualiti Makanan dan beliau bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.Dari aspek pentadbiran, bahagian terbahagi kepada empat unit utama iaitu :

 Objektif Am
   Objektif am Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah untuk melindungi orang    ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan, penyelidikan dan penggunaan makanan.
 Objektif Khusus

Objektif khususProgram Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah:
i. Menentukan agar penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan   adalah selamat dan bersih.
ii. Menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:
  a. Bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan penipuan.
  b. Mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
  c. Dilabel dan diiklan dengan tidak mengelirukan dan memberikan gambaran sebenar mengenai kendunagn makanan tersebut.
iii. Menentukan supaya kandungan semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
iv. Menentukan konsainman makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport.
v. Menentukan orang ramai menerima maklumat yang mencukupi mengenai aspek keselamatan.
 

Bahagian KKM menjalankan operasi pada acara-acara khas dan musim perayaan mengikut permohonan dari semasa ke semasa.

  • Pelesenan Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan – Berkuatkuasa 1 September 2009, seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan 394A, Peraturan-Peraturan Makanan (pindaan) 2009, semua pengusaha ais bagi tujuan perdagangan atau perniagaan yang berada di Malaysia atau yang mengeksport ais atau ais yang bersentuh dengan apa-apa makanan ke dalam Malaysia diwajibkan mempunyai lesen.
  • Latihan Pengendali Makanan (LPM)  –  Semua pengendali makanan adalah diwajibkan menghadiri Latihan Pengendali Makanan dan mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini berdasarkan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan yang diwartakan pada 28 Februari 2009 di bawah peraturan 30(1). Peraturan ini akan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2010.
  • Total Diet Study (TDS) – TDS bertujuan memantau pendedahan makanan yang diambil terhadap sisa kimia, pencemaran dan elemen nutrisi serta membuat perbandingan tahap pendedahan makanan di Malaysia dengan tahap yang dibenarkan di peringkat antarabangsa.

Bagi tujuan ini, sebarang permohonan Pelesenan Penyediaan Ais boleh dibuat di Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan JKWPKL&P.

Tujuan pewartaan ini adalah bagi memberi kesedaran, meningkatkan pengetahuan dan mewujudkan tabiat yang baik kepada semua pengendali makanan terhadap asas-asas kebersihan makanan bermula dari bahan mentah sehingga ke meja makan.

 

 

 Tarikh Kemaskini : 29 Mei 2014