Unit Rekod Perubatan Unit Rekod Perubatan

Unit Pengurusan Rekod Perubatan merupakan salah satu unit sokongan di bahagian Perubatan Buat masa ini, unit ini diketuai oleh Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41, dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N27 dan seorang Pembantu Tadbir Sambilan N17.

Antara tanggungjawab unit ini ialah menguruskan;

  • Pengurusan Data dan Maklumat
    • Menyediakan dan mengkompail reten-reten bulanan yang diterima daripada Hospital Putrajaya dan 14 buah klinik kesihatan awam serta 45 buah hospital swasta. Laporan-laporan yang diterima terdiri daripada laporan Pesakit Dalam, Laporan Pesakit Luar, Laporan Perkhidmatan Sokongan dan Laporan Tabung Darah yang mana terlebih dahulu akan disemak diperingkat JKN sebelum dihantar ke Pusat Informatik Kesihatan, KKM menggunakan format –format yang telah ditetapkan.
    • Menyediakan laporan setengah tahun National Indicator Approach bagi Penyediaan Laporan Perubatan
  • Permohonan Lembaga Perubatan
    • Permohonan lembaga perubatan bagi kakitangan kerajaan dan juga syarikat milik kerajaan yang tertentu dikemukakan kepada URP, JKWPKL&P. Permohonan tersebut akan disemak dan sekiranya syarat mencukupi akan diserahkan kepada hospital yang berkenaan untuk mengambil tindakan. Pihak URP, JKWPKL&P akan dimaklumkan keputusan permohonan tersebut untuk tindakan selanjutnya.
  • Permohonan Laporan Perubatan
    o    Laporan perubatan hanya disediakan apabila ada permohonan samada     daripada pesakit, waris, majikan atau pihak-pihak tertentu bagi tujuan tertentu seperti tuntutan insuran, pampasan, perundangan, pemeriksaan lembaga perubatan dan sebagainya.

  • o    Setiap permohonan laporan perubatan perlu disertai dengan perkara berikut:
    o    Surat permohonan (bagi permohonan melalui pos) atau menggunakan borang permohonan (bagi permohonan melalui kaunter)
    o    Maklumat berkaitan pesakit dan rawatan yang diperolehi
    o    Surat keizinan pesakit/waris (bagi permohonan oleh pihak lain)
    o    Caj laporan perubatan:
    o    RM 40.00 untuk laporan oleh pegawai perubatan
    o    RM 80.00 untuk laporan oleh pakar perubatan
    o    RM 200 – 1000 untuk laporan terperinci oleh pakar perubatan
    o    (Caj bagi warganegara asing adalah 2 kali ganda)
    o    Tempoh penyerahan laporan siap kepada pemohon adalah dalam masa 4 minggu.

    PERTANYAAN

    Telefon :  03-22687402   / Faks :  03-26938763

    Ketua Jabatan          :  TBA

    Lokasi                         : Unit Rekod Perubatan, Bahagian Perubatan

    Aras 1, Blok B
    Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya
    Jalan Cenderasari
    50590 Kuala Lumpur

  • WAKTU OPERASI 

    HARI 

    MASA 

    ISNIN – KHAMIS 

    8.00 pagi - 1.00 petang
    2.00 pagi - 4.00 petang 

    JUMAAT 

    8.00 pagi - 12.15 petang
    2.45 petang - 4.00 petang 

Tarikh Kemaskini : 30 Mac 2017
has-been-access-x-times
has-been-access-x-times