Cawangan Pendidikan Kesihatan Cawangan Pendidikan Kesihatan

Cawangan ini merupakan salah satu cawangan yang wujud di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dengan mempunyai tanggungjawab merancang, menyelaras, melaksana, dan menilai program pendidikan kesihatan, termasuk membantu menerbitkan bahan-bahan pendidikan kesihatan di samping memberi sokongan dari aspek pendidikan kesihatan untuk semua program kesihatan di Jabatan Kesihatan.

Objektif
Objektif utama cawangan ini adalah memberi pengetahuan dan kemahiran untuk memperkasa komuniti mengubah sikap dan tingkahlaku yang tidak sihat kepada tingkahlaku yang lebih sihat serta menjadikannya satu cara hidup yang sihat dan produktif di kalangan individu, keluarga dan masyarakat melalui usaha – usaha seperti berikut :-
• Menyemai minat di kalangan masyarakat terhadap keutamaan dan kepentingan kesihatan dan cara hidup sihat.
• Meningkatkan kesedaran mengenai langkah – langkah pencegahan penyakit dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap kesihatan individu.
• Memberi pengetahuan mengenai prasarana kesihatan serta menggalakkan penggunaan kemudahan tersebut.
• Memupuk masyarakat supaya beriltizam terhadap keutamaan kesihatan dan menyuburkan amalan cara hidup sihat.

Fungsi Utama
1. Memberi pendidikan kesihatan kepada anggota kesihatan, jabatan/agensi lain serta pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan yang boleh menjadi agen kesihatan dan agen perubahan tingkahlaku dalam kelompok mereka.
2. Memasukkan komponen utama pendidikan kesihatan dalam semua aktiviti kesihatan yang dijalankan.
3. Menyediakan bahan promosi kesihatan sebagai menyokong setiap aktiviti kesihatan yang dijalankan.
4. Merancang dan melaksakanakn sambutan Hari-hari Khas Kesihatan dengan bertujuan untuk mempromosikan cara hidup sihat secara besar-besaran (massive) seperti Hari Kesihatan Sedunia selain membantu cawangan lain dalam sambutan Hari-hari Khas Kesihatan berkaitan seperti Hari AIDS Sedunia, Hari Denggi ASEAN, Minggu Tanpa Tembakau Sedunia, dan lain-lain mengikut keutamaan dan keperluan semasa.
5. Menjalankan kajian keberkesanan dan penilaian bagi membantu merancang pelaksanaan aktiviti di masa hadapan yang lebih baik.
6. Bekerjasama dengan pihak media massa dalam usaha penyebaran maklumat kesihatan terkini kepada masyarakat.
7. Membina jaringan kerja di kalangan agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dengan tujuan berkongsi tanggungjawab dalam menangani masalah kesihatan.

Perkhidmatan
Sebagai menyokong kepada program promosi kesihatan, pelbagai risalah, poster, dan lain-lain bahan media yang telah diterbitkan boleh dimuat-turun dari capaian digital yang diakses melalui pautan

Untuk rujukan Sila Klik disini | Infosihat

Bahan-bahan berkenaan juga boleh didapati di Cawangan Pendidikan Kesihatan (CPK), Bahagian Kesihatan Awam, JKWPKL&P dan juga Unit Pendidikan Kesihatan (UPK) yang terdapat di lima daerah pentadbiran kesihatan dan dua hospital iaitu :-

Bil

Fasiliti

Kawasan

Jagaan Parlimen

No.telefon

emel

1

Pejabat Kesihatan Lembah Pantai

Bukit Bintang

Lembah Pantai

03-2268-7452

pklp@moh.gov.my

2

Pejabat Kesihatan Titiwangsa

Setiawangsa

Titiwangsa

Wangsa Maju

03-2698-0282

pk.ttwangsa@moh.gov.my

3

Pejabat Kesihatan Kepong

Batu

Kepong

Segambut

03-6257-0352

pkkepong@moh.gov.my

4

Pejabat Kesihatan Cheras

Bandar Tun Razak

Cheras

03-9132-0020

pk.cheras@moh.gov.my

5

Pejabat Kesihatan Putrajaya 

Putrajaya

03-8885-0400

pkpj@moh.gov.my

6

Hospital Putrajaya

* bagi keperluan bahan berkaitan perkhidmatan hospital / rehabilitasi

03-8312-4200

hpj_info@hpj.gov.my

7

Hospital Rehabilitasi Cheras

03-9145-3400

hrc_info@moh.gov.my

Tarikh Kemaskini : 15 Ogos 2017

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times