Unit Pengurusan Maklumat Unit Pengurusan Maklumat

Pengenalan & Latarbelakang


Unit Pengurusan Maklumat sebelum ini dikenali sebagai Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah diwujudkan pada tahun 2005, dengan  dianggotai oleh dua (2) orang pegawai iaitu Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F32 dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat,  Gred F29. Pada bulan Jun 2007, keanggotaan unit ini telah ditambah dengan kehadiran seorang Juruteknik Komputer, Gred FT17. Pada pertengahan tahun 2008, Unit ini telah diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F44. Urusan kerja yang sebelum ini dijalankan oleh Pegawai Tadbir Diplomatik telah diambil alih sepenuhnya oleh Unit ini iaitu merangkumi pentadbiran bilik server, pemantauan dan pelaksanaan infrastruktur rangkaian dan hal-hal yang berkaitan dengan ICT bagi keseluruhan bahagian dan klinik-klinik di bawah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.
 

Objektif


Unit Pengurusan Maklumat diwujudkan dengan objektif untuk memberi sokongan teknikal ICT dan aplikasi kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya bagi memastikan kemudahan dan perkhidmatan ICT dapat digunakan dalam membantu jabatan menjalankan fungsi-fungsinya dengan cekap dan berkesan.
  • Mengurus dan menyelenggara rangkaian, perkakasan, perisian dan perkhidmatan berkaitan pengkomputeran.
  • Mengendali latihan kepada penggunaan sistem yang dibekalkan.
  • Menyelenggara dan mengemaskini laman web Jabatan.
  • Merancang pembangunan Sistem Maklumat.
  • Menyedia khidmat nasihat teknikal.
  • Bertindak sebagai urusetia Mesyuarat Jawatankuasa IT.

 

Piagam Pelanggan

 

Bagi memastikan pencapaian wawasan dan objektif yang ditetapkan, Unit Pengurusan Maklumat komited untuk:

  • Memastikan khidmat penyelesaian masalah dan tunjuk ajar kepada pengguna PC di JKWPKL&P dalam masa 3 jam setelah aduan diterima.
  • Memastikan kerja penyelenggaraan yang diadukan oleh pengguna ICT diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari sekiranya tidak melibatkan pihak luar.
  • Memastikan laman web dikemaskini setiap tujuh (7) hari.

Tarikh Kemaskini : 03 Mac 2017

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times