Cawangan Kesihatan Keluarga Cawangan Kesihatan Keluarga

Pengenalan

Cawangan Kesihatan Keluarga bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan memantau program mengikut "peringkat umur pusingan hidup" serta menjalankan aktiviti surveilan. Program kesihatan keluarga meliputi kesihatan ibu, perinatal, kanak-kanak, remaja, pelajar sekolah dan wanita dewasa. Program ini menyediakan perkhidmatan penjagaan yang komprehensif dan berintegrasi serta personalised care dengan penekanan kepada pencegahan dan kawalan, pengesanan penyakit, promosi, pendidikan kesihatan, khidmat nasihat, rawatan awal, dan rehabilitasi. Perkhidmatan ini disalurkan melalui klinik kesihatan, lawatan ke rumah, komuniti, pasukan kesihatan sekolah, institusi dan tempat kerja. Terdapat 4 Unit di bawah Cawangan Kesihatan Keluarga:

  • Unit Kesihatan Ibu
  • Unit Kesihatan Wanita Dewasa
  • Unit Kesihatan Kanak-kanak
  • Unit Kesihatan Sekolah

Cawangan Kesihatan Keluarga bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan memantau program mengikut "peringkat umur pusingan hidup" serta menjalankan aktiviti surveilan. Program kesihatan keluarga meliputi kesihatan ibu, perinatal, kanak-kanak, remaja, pelajar sekolah dan wanita dewasa. Program ini menyediakan perkhidmatan penjagaan yang komprehensif dan berintegrasi serta personalised care dengan penekanan kepada pencegahan dan kawalan, pengesanan penyakit, promosi, pendidikan kesihatan, khidmat nasihat, rawatan awal, dan rehabilitasi. Perkhidmatan ini disalurkan melalui klinik kesihatan, lawatan ke rumah, komuniti, pasukan kesihatan sekolah, institusi dan tempat kerja.Terdapat 4 Unit di bawah Cawangan Kesihatan Keluarga:
•    Unit Kesihatan Ibu
-    Penjagaan antenatal – termasuk pemeriksaan, saringan faktor-faktor risiko, rujukan kepada Pakar jika berkaitan, imunisasi serta pendidikan kesihatan semasa lawatan antenatal ibu ke klinik dan lawatan rumah bagi kes berisiko dan cicir temujanji
-    Penjagaan intrapartum
-    Penjagaan postnatal
-    Penjagaan kesihatan remaja hamil
-    Pengurusan credentialing and privileging  basic ultrasound obstetric  bagi Pegawai Perubatan
-    Pengurusan kualiti
-    Pengurusan, pemantauan dan surveilan kesihatan ibu – ianya termasuk morbiditi dan mortaliti ibu

•    Unit Kesihatan Wanita Dewasa

- meliputi perkhidmatan khusus kepada wanita dewasa dari aspek pencegahan dan kawalan kanser wanita, dan penjagaan pra kehamilan
-    Saringan Kanser Serviks melalui pemeriksaan Pap Smear
-    Pengesanan awal kanser payudara melalui Pemeriksaan Klinikal Payudara dan Saringan mammogram untuk wanita berisiko tinggi
-    Penjagaan kesihatan ibu tunggal
-    Penjagaan kesihatan pra kehamilan
-    Perkhidmatan Perancang Keluarga
-    Pengurusan kualiti
-    Pengurusan, pemantauan dan survelan kesihatan wanita dewasa

•    Unit Kesihatan Kanak-kanak
-    Penjagaan kesihatan kanak-kanak berumur bawah 6 tahun, termasuk perinatal dan neonatal
-    Imunisasi kanak-kanak
-    Pengurusan rangkaian sejuk
-    Penjagaan kesihatan kanak-kanak keperluan khas
-    Pengurusan kualiti
-    Pengurusan, pemantauan dan surveilan kesihatan kanak-kanak– ianya termasuk morbiditi dan mortaliti kanak-kanak termasuk lahir mati

•    Unit Kesihatan Sekolah
-    Perkhidmatan kesihatan sekolah – pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah
-    Imunisasi murid sekolah
-    Expanded program -  HPV imunisasi pelajar tingkatan 1 dan saringan thalassemia pelajar tingkatan 4
-    Pengurusan rangkaian sejuk
-    Pendidikan kesihatan sekolah
-    Sexual reproductive health
-    Program LINUS - pengesanan murid bermasalah dalam pembelajaran  bagi murid tahun 3
-    Pengurusan kualiti
-    Pengurusan, pemantauan dan surveilan kesihatan sekolah

Tarikh Kemaskini : 16 Ogos 2017

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times