Pembangunan
Pengenalan
Unit Pembangunan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah di bawah Bahagian Pengurusan dan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) - Kewangan dan Pembangunan. Unit ini dianggotai seramai 8 orang penjawat awam yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) serta Kumpulan Sokongan.
Objektif
Melaksanakan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meninggikan mutu perkhidmatan kesihatan dengan melaksanakan projek-projek pembangunan kesihatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
- Merancang keperluan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Tambahan Lima Tahun
- Merancang dan menguruskan peruntukan pembangunan Jabatan (BP2, BP3, BP6 dan BP9)
- Menguruskan permohonan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf klinik
- Mengurus hal-ehwal penyewaan premis bagi penetapan klinik
- Menguruskan hal ehwal penyewaan premis demis di bawah pentadbiran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
- Mengemaskini maklumat perlaksanaan projek pembangunan dalam Sistem Pemantauan Projek II (SPPII
- Bertindak sebagai pengantara dengan Agensi Pelaksana Pembangunan
- Penyelaras serta pemantau projek projek pembangunan kesihatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
- Memastikan semua peruntukan/keperluan untuk setiap projek diperolehi
- Mengendalikan urusan pengambilan tanah untuk tapak projek kesihatan dengan jabatan-jabatan yang berkaitan
- Memastikan proses pengambilan tanah dibuat dengan segera mengikut peraturan dan berdasarkan Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1/2003; dan
- Menguruskan proses sebutharga kerja dan perkhidmatan kafetaria di klinik-klinik di bawah pentadbiran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Tarikh Kemaskini : 07 Januari 2019
has-been-access-x-times
Last Update
Visitor Counter
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.