Unit Pemakanan
Pengenalan
Cawangan Pemakanan bertanggungjawab merancang, membangun, melaksana, memantau dan menilai program pemakanan melalui empat aspek iaitu perancangan, pengawasan, pemulihan dan promosi pemakanan, di samping melaksanakan Perkhidmatan Pemakanan, Latihan, Kajian & Penyelidikan, Nasihat Teknikal dan Perkhidmatan Konsultansi, Inisiatif Kualiti dan Pendidikan Berterusan (Continous Professional Development)
Cawangan Pemakanan bertanggungjawab merancang, membangun, melaksana, memantau dan menilai program pemakanan melalui empat aspek iaitu perancangan, pengawasan, pemulihan dan promosi pemakanan, disamping melaksanakan Perkhidmatan Pemakanan, Latihan, Kajian & Penyelidikan, Nasihat Teknikal dan Perkhidmatan Konsultansi, Inisiatif Kualiti dan Pendidikan Berterusan (Continous Professional Development)
i. Perancangan dan Pembangunan Pemakanan
• Hala Tuju dan Pembangunan Program
- Menentukan hala tuju Program Pemakanan di peringkat negeri berdasarkan dasar dan pelan induk sedia ada seperti Dasar Pemakanan Kebangsaan, Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaaan (NPANM) dan Rancangan 5 Tahun Malaysia (RMK).
- Mengenal pasti masalah pemakanan penduduk mengikut keutamaan.
- Menyedia, melaksana dan memantau Pelan Tindakan Pemakanan Negeri.
- Merancang dan membangunkan program-program yang bersesuaian, bagi menangani masalah pemakanan yang khusus di peringkat negeri.
- Merancang dan membangun profesionalisma Pegawai Sains Pemakanan di peringkat negeri, daerah dan klinik kesihatan.
• Pengawasan Pemakanan
- Membangun, mengurus dan menyelenggara satu Sistem Pengawasan Pemakanan Negeri.
- Memantau kemajuan status pemakanan penduduk di peringkat negeri mengikut daerah dan kawasan operasi klinik kesihatan.
ii. Pengurusan Program Pemakanan
- Mengenal pasti keperluan dan punca perolehan sumber untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pemakanan samada dari Jabatan Kesihatan Negeri atau agensi-agensi lain.
- Memantau dan menilai pelaksanaan dan keberkesananan aktiviti pemakanan melalui reten, kajian dan maklum balas.
- Melapor status pemakanan penduduk dan pelaksanaan aktiviti pemakanan, berdasarkan reten yang diperolehi dari peringkat negeri ke peringkat Kebangsaan.
- Menyedia dan mengurus keperluan peruntukan kewangan (budget allocation) bagi Program Pemakanan Negeri, termasuk penyediaan perjanjian program dan spesifikasi output.
- Membuat agihan peruntukan pemakanan dan memantau perbelanjaan.
- Mengenalpasti keperluan tenaga manusia, peralatan dan ICT melalui penyediaan Dasar Baru/One-Off, Naziran dan Justifikasi Perrnohonan Jawatan Baru Anggaran Belanja Mengurus (ABM).
- Menjalinkan kerjasama dan hubungan dengan agensi-agensi lain yang berkaitan.
iii. Promosi dan Pendidikan Pemakanan
• Merancang, melaksana, menyelaras dan menilai aktiviti promosi pemakanan di peringkat negeri untuk kumpulan sasaran utama, termasuk:
- Promosi Penyusuan Susu Ibu
Inisiatif Hospital Rakan Bayi/ Klinik Rakan Bayi Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia
- Promosi pemakanan bayi dan kanak-kanak, termasuk pendidikan mengenai makanan pelengkap
- Promosi Makan Secara Sihat, Bulan Pemakanan dan Katering Sihat
- Promosi Pemakanan di Sekolah
iv. Pemulihan Pemakanan
• Merancang, menyelaras, melaksana dan menilai program/aktiviti pemulihan pemakanan yang berikut:
- Kekurangan makronutrien (PEM):
Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan
- Kekurangan mikronutrien
Program Pencegahan dan Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin
Program Kawalan dan Pencegahan Ibu Anemia
- Kelebihan pemakanan
Program Pencegahan dan Kawalan Obesiti
- Penyakit berkaitan pemakanan
v. Perkhidmatan Pemakanan
- Merancang dan menilai perkhidmatan pemakanan yang diberikan di peringkat klinik.
- Merancang dan menilai aktiviti pemakanan seperti perancangan menu, demonstrasi masakan, pengubahsuaian resepi dan pemilihan makanan secara sihat di peringkat komuniti/institusi seperti di kawasan perumahan, kampung, tanah rancangan, kilang, kantin /kafetaria, Taska/Tadika, sekolah rumah kebajikan dan penjara.
vi. Latihan
- Merancang, melaksana dan menilai latihan pemakanan untuk anggota kesihatan di peringkat negeri.
- Bekerjasama dengan agensi lain dalam latihan pemakanan, contohnya latihan yang diadakan bersama-sama Majlis Kecergasan Kebangsaan.
- Menyediakan Garis Panduan Pemakanan dan Standard Operating Procedures untuk kegunaan anggota kesihatan.
vii. Kajian & Penyelidikan
- Mengenal pasti keperluan penyelidikan pemakanan di negeri.
- Mengetuai kajian pemakanan di peringkat negeri dan merancang keperluan sumber jika diperlukan.
- Membantu/memberi input/bekerja sama dalam kajian yang dijalankan oleh institusi lain.
viii. Nasihat Teknikal & Perkhidmatan Konsultasi
- Memberi nasihat teknikal berkaitan pemakanan kepada pegawai-pegawai peringkat negeri dalam perancangan dan pelaksanaan Program Kesihatan Awam terutamanya Kesihatan Keluarga, Kesihatan Primer, Pendidikan Kesihatan, Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pergigian dan Kesihatan Pekerjaan. Lawatan ke klinik mengikut Zon setiap minggu untuk aspek nasihat teknikal berkaitan pemakanan.
- Memberi perkhidmatan konsultansi/runding cara dalam bidang khusus seperti:
- Pengurusan dan Promosi Penyusuan Susu Ibu (BFHI, Klinik Rakan Bayi)
- Pemulihan dan pencegahan dalam kekurangan makro dan mikronutrien
- Pengurusan berat badan
Garis Panduan Pemakanan dan Saranan Pengambilan Nutrien (RNI)
- Menganggotai dan memberi nasihat teknikal kepada jawatankuasa berkaitan pemakanan.
- Menjadi penilai kebangsaan bagi Program Inisiatif Hospital / Klinik
Rakan Bayi.
ix. Inisiatif Kualiti
- Merancang, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti inisiatif kualiti bagi program pemakanan di peringkat negeri.
x. Pendidikan Berterusan (Continous Professional Development)
- Mengikuti perkembangan semasa dan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang pemakanan dan bidang-bidang yang berkaitan