Latihan Latihan

Piagam Unit Latihan dan Kualiti 

Bagi memastikan pencapaian wawasan dan objektif yang ditetapkan, Unit Latihan dan Kualiti komited untuk:

  1. Memastikan permohonan menghadiri kursus diuruskan dalam tempoh tiga (3) hari setelah permohanan lengkap diterima.
  2. Memastikan pengiraan skor komposit penilaian kursus induksi disiap dan diedar kepada Bahagian Latihan KKM dalam tempoh satu (1) bulan.
  3. Memastikan permohonan untuk menduduki peperiksaan dikemukakan kepada agensi yang berkaitan dalam tempoh tiga (3) hari setelah permohonan lengkap diterima.
  4. Memastikan keputusan penilaian kursus induksi dimaklumkan kepada anggota dalam tempoh dua (2) hari setelah keputusan diterima daripada Bahagian Latihan KKM.
  5. Memastikan permohonan tempahan Dewan Seminar dimaklumkan kepada permohon dalam tempoh satu (1) hari.
  6. Memastikan buku yang dipinjam dipulangkan oleh peminjam dalam tempoh yang ditetapkan.

Unit Pengurusan Inovasi
Unit Pengurusan Inovasi berperanan memberikan perkhidmatan sokongan dalam menerapkan nilai inovasi dan kualiti kepada anggota Jabatan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.

  1. Merancang keperluan latihan anggota.
  2. Melaksana program latihan dalaman dan luaran.
  3. Menilai keberkesanan program latihan.
  4. Merancang dan mengendali urusan peperiksaan Jabatan.
  5. Mengurus dan menyelenggara bilik sumber dan dewan seminar Jabatan.
  6. Bertindak sebagai urusetia pelaksanaan program kualiti Jabatan.
  7. Bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa Latihan.

-Maklumat Sedang Dikemaskini-
has-been-access-x-times
has-been-access-x-times