Unit Kawalan Mutu Air Minum Unit Kawalan Mutu Air Minum

Pengenalan

Unit Keselamatan Sinaran (UKS) di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P)
telah diwujudkan pada tahun 2004. UKS diketuai oleh Pegawai Sains Fizik C52 yang bertanggungjawab terus kepada
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam).

UKS memastikan aktiviti penggunaan sinaran mengion di premis Kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah selamat dan wajar, dengan menguatkuasakan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (AKTA 304) bagi maksud perubatan

Fungsi

  1. Melaksanakan lawatan pemeriksaan pematuhan keperluan keselamatan radiasi bagi premis kerajaan di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (AKTA 304) bagi maksud perubatan (hospital, klinik kesihatan, klinik pergigian).

 

  1. Memantau aktiviti-aktiviti pematuhan keperluan perlesenan di bawah AKTA 304 bagi maksud perubatan yang melibatkan premis swasta dan Syarikat Juruperunding Kelas H.

 

  1. Memberi khidmat nasihat teknikal yang merangkumi sinaran mengion (IR), sinaran tak mengion (NIR) dan peralatan perubatan kepada klinik/hospital dan agensi yang berkaitan.

 

 

Tarikh Kemaskini : 16 Ogos 2017

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times