Cawangan Kejuruteraan Kesihatan Awam Cawangan Kejuruteraan Kesihatan Awam

Pengenalan

Cawangan Kejuruteraan Kesihatan Awam berperanan:
•    Merancang dan melaksanakan program-program di bawah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM.
•    Menyedia dan memantau pelaksanaan program penyelenggaraan kejuruteraan di institusi kesihatan.
•    Memastikan Program Pemantauan Kualiti Air Minum Kebangsaan dilaksanakan secara berkesan dalam memastikan keselamatan kesihatan pengguna.
•    Melaksanakan projek baru dan naiktaraf kemudahan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui tatacara pengurusan projek yang berkualiti dengan mengambil kira keseluruhan aspek kejuruteraan dan keperluan peralatan perubatan.
•    Memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan.

Fungsi

  • Menyelaras dan menyelia program penyelenggaraan dan kerja-kerja kecil bangunan dan kemudahan kesihatan serta menyediakan khidmat nasihat teknikal di mana ia diperlukan.
  • Menyelaras kerja- kerja pembaikan kecil.
  • Bagi menentukan semua bekalan air awam adalah selamat untuk digunakan serta bebas dari sebarang pencemaran fizikal, bakteria dan kimia.
  • Bagi menentukan kesihatan alam sekitar dilindungi melalui pengurusan yang baik dalam melupuskan sisa-sisa buangan seperti sisa pepejal, sisa klinikal dan sisa toksik.
  • Melindungi kesihatan awam melalui pengurusan yang baik dalam merancang, merekabentuk, melaksana, operasi dan penyelenggaraan sistem pengurusan air sisa.
  • Melindungi kesihatan awam daripada pencemaran udara dan keadaan pengudaraan persekitaran dalaman yang sempurna melalui program PEKA.
  • Mengawal penggunaan sinaran mengion dalam perubatan melalui penguatkuasaan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) bagi tujuan perlindungan kepada pesakit, pekerja dan orang ramai.
  • Memberi khidmat nasihat dari segi keperluan dan kehendak Akta 304 kepada perkhidmatan x-ray di hospital kerajaan, klinik kesihatan dan klinik pergigian kerajaan.
  • Memantau kesan kesihatan berikutan penggunaan sinaran tak mengion dalam kehidupan harian.

 


Tarikh Kemaskini : 26 Oktober 2017

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times