Unit Kawalan Eksport Unit Kawalan Eksport

Unit ini bertanggungjawab memastikan perlaksanaan semua dasar, polisi dan strategi Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung dengan kawalan eksport makanan.

Piagam Pelanggan
Sijil kesihatan dikeluarkan dalam tempoh:
-     3 hari (sekiranya produk mempunyai sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan)
-     21 hari bekerja (sekiranya produk tiada sijil HACCP)
Sekiranya dokumen dan maklumat lengkap dari pemohon.

 

Fungsi dan Aktiviti Unit
- Merancang, melaksanankan dan menilai aktiviti kawalan eksport di peringkat negeri.
- Sebagai Competent Authority di peringkat negeri bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan serta makanan lain ke Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Negara lain.
- Melaksanakan system kawalan di sepanjang rantaian pengeluaran ikan dan hasilan ikan serta makanan lain ke Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Negara lain mengikut garis panduan dan prosedur yang ditentukan.
- Menyelaras, memantau dan mengeluarkan sijil eksport iaitu Sijil Kesihatan dan Sijil Penjualan Bebas.
- Menjalankan verifikasi ke atas kawalan rasmi yang dijalankan oleh CA yang berkaitan dan
memastikan tindakan pembetulan diambil ke atas ketidakpatuhan.

 

 

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times