Psikologi Kaunseling Psikologi Kaunseling

Unit Psikologi Kaunseling Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mula beroperasi dengan rasminya pada 3 Disember 2007. Unit Psikologi Kaunseling diwujudkan dengan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 1, 1999 yang memaklumkan kepada ketua jabatan mengenai kepentingan mewujudkan perkhidmatan kaunseling di agensi masing-masing.

 

Visi

Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan cekap sebagai pemangkin untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang sihat dari segi emosi untuk mengatasi cabaran dan tekanan dalam menuju impian wawasan 2020.

 

Misi

Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia akan memberi perkhidmatan kaunseling dan psikologi profesional yang terkini, mesra klien, mesra teknologi, cekap dan efektif.

 

Objektif

  • Memberi perkhidmatan sesi kaunseling kepada personel kesihatan yang memerlukan ke arah mencapai kesedaran kendiri yang optimum. Membimbing klien untuk lebih terbuka dari aspek pemikiran dan tindakan agar dapat digunakan untuk membangunkan potensi yang ada ke arah kemajuan diri dan organisasi.
  • Merangka dan mengendalikan program / aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran diri bagi membolehkan individu menguruskan emosi, pemikiran dan tingkahlaku dengan lebih efektif.

Kepentingan Perkhidmatan Kaunseling

Perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu fungsi pengurusan personel yang amat penting. Pengurusan kaunseling yang berkesan seharusnya mampu membantu seseorang anggota itu menghindarkan diri mereka daripada terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga dan hubungan interpersonal, atau menyediakan program bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang telah terjebak dengan masalah tersebut. Perkhidmatan kaunseling yang berkesan juga dapat membantu anggota perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya meningkatkan pembangunan diri masing-masing bagi mencapai tahap kefungsian psikologi yang tinggi serta penghasilan kerja yang produktif dan berkualiti.

 

Siapa Yang Memerlukan Kaunselor

  • Bukan untuk yang bermasalah
  • Bukan gila, tetapi individu normal yang ingin mengenali dan memahami diri
  • Mahu memahami realiti diri dan kehidupan
  • Ingin meningkatkan potensi diri
  • Mengalami gangguan fikiran dan emosi
  • Keliru dengan masalah diri dan kehidupan
  • Menghadapi konflik perhubungan sosial
  • Memerlukan tempat untuk mengadu
  • Dan lain-lain

 

Temui / hubungi pegawai psikologi anda hari ini :-

   1) Puan Faten Hameema Binti Rosli

       Pen.Pengarah Kanan                       No. Telefon : 03-2268 7262

     SEGALA MAKLUMAT ADALAH DIRAHSIAKAN !

  

Tarikh Kemaskini : 13 Mac 2017

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times