Unit HIV/STI/HEP C
Unit HIV adalah salah satu unit di dalam Bahagian Kesihatan Awam JKWPKL & Putrajaya .
Unit ini di asaskan bertujuan untuk menjalankan aktiviti / Program pencegahan dan rawatan penyakit HIV/AIDS dan penyakit kelamin khususnya bagi fasiliti awam di bawah seliaan JKWPKL & Putrajaya .
Unit ini juga di pertanggungjawabkan untuk memberi nasihat teknikal kepada agensi – agensi bukan KKM dan swasta dalam perawatan dan penyakit HIV/AIDS dan STI
Objektif
i- Untuk mengurangkan jangkitan HIV/AIDS dan penyakit kelamin di kalangan mereka yang berisiko .
ii- Untuk mencapai hasrat kerajaan dan agensi antarabangsa bagi mencapai Millennium Development Goals .
- Program Kawalan dan Pencegahan AIDS/STD
Penyebaran Informasi berkaitan HIV/AIDS/STD melalui bahan pendidikan dan komunikasi berkesan melibatkan :
- Edaran risalah, poster serta bahan pendidikan yang lain.
- Pameran static atau bergerak
- Seminar, konferen dan mesyuarat.
- Mengadakan Hari AIDS Sedunia.
- Menjalankan Program Remaja Sihat Tanpa AIDS (PROSTAR) di sekolah-sekolah.
- Memantau Aktiviti Surveilans dan Analisis Reten
- Pendaftaran Kes (National Diseases Burden)
- Notifikasi kes mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988
- Notifikasi kes mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988
- Pengesanan Kontak / partner notification.
- Reten-reten bulanan
- Pengumpulan Data Berterusan dan Sistematik
- Program pencegahan dan kawalan AIDS melalui Program Pengurangan Kemudaratan
- Perluasan Program Pertukaran Jarum Suntikan - Merancang dan melaksanakan aktiviti Program Pertukaran Jarum Suntikan (NSEP) di Klinik Kesihatan.
- Pemantauan dan Penilaian - Memantau aktiviti Program Pertukaran Jarum Suntikan(NSEP) di Klinik Kesihatan
- Aktiviti-aktiviti pencegahan penularan dan pengesanan kes. Menjalankan saringan HIV melibatkan
- Penderma darah/organ.
- Blood dependents patient.
- Penerima Organ/ Tissue.
- Pekerja-pekerja asing
- Pesakit STD
- Pesakit TIBI
- Pekerja-pekerja seks secara "direct" atau "indirect".
- Orang awam yang berisiko tinggi melalui Saringan HIV Sukarela /Tanpa Nama .
- Ibu Mengandung (PMTCT)
- Kontak kepada mereka yang HIV positif.
- Bakal pengantin melalui Saringan HIV Pra Perkahwinan (Pre Marital Screening)
- Klien Program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction) – Program Pertukaran jarum Suntikan Dadah (NSEP),Metadon dan kondom.
- Program Rawatan Terapi Gantian Dengan Methadone (MMT)