Majlis Khatam Al-Quran JKWPKL&P Majlis Khatam Al-Quran JKWPKL&P

 

Majlis Khatam Al-Quran  telah diadakan di Surau Jabatan Kesihatan Wilayah  Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 18  Ogos 2011 bersamaan 18 Ramadhan 1432H.  Seramai 48 peserta muslimat terdiri daripada  Penjawat Awam JKWPKL & P  telah menyertai program berkenaan. Program  Tadarus Al-Quran bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak yang telah bermula  pada tahun 2010 itu mendapat sambutan yang  menggalakkan daripada kakitangan di semua Bahagian di JKWPKL & P. 


Pada majlis berkenaan Ustazah Sakdiah bt Nusi, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dijemput  untuk mengetuai majlis berkenaan.  Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran daripada peserta-peserta bermula dengan Surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderamata kepada semua Peserta Tadarus yang disampaikan oleh Ustazah Sakdiah bt Nusi kepada wakil-wakil kumpulan.
 

Galeri Gambar Majlis Khatam Al-Quran JKWPKL&P 2011

 

 

 
Detect language » English
 
 
Detect language » English
 
has-been-access-x-times
has-been-access-x-times