Pejabat Kesihatan Lembah Pantai Pejabat Kesihatan Lembah Pantai

PENGENALAN

Pejabat Kesihatan Lembah Pantai terletak di bawah pentadbiran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pejabat ini diketuai oleh Pegawai Pegawai Kesihatan Daerah dan mempunyai unit-unit sebagaimana dijelaskan dalam Carta Organisasi untuk menjalankan fungsinya.
 

NAMA DAN ALAMAT PEJABAT KESIHATAN:

Pejabat Kesihatan Lembah Pantai
Tingkat 3, Blok C,
Jalan Cenderasari,
50590 Kuala Lumpur.


Tel: 03-2268 7452 / 03-2268 7453         Fax: 03-2694 0998

Pegawai Kesihatan (Pentadbir):

Dr. Ghazali Bin Chik

      Klinik Kesihatan
1)    Klinik Kesihatan Tanglin
2)    Klinik Kesihatan Petaling Bahagia
3)    Klinik Kesihatan Muhibbah
4)    Klinik Kesihatan UTC Pudu

      Klinik Kesihatan Ibu & Anak
1)    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Bangsar
2)    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Taman Sri Sentosa
3)    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Taman Pantai Indah

      Klinik Komuniti
1)    Klinik Komuniti Kerinchi
2)    Klinik Komuniti PPR Seri Alam
3)    Klinik Komuniti Hang Tuah
4)    Klinik Komuniti Kuchai Ent Park
5)    Klinik Komuniti Pantai Ria

 

VISI
Untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, cekap dan berkesan kepada semua lapisan masyarakat selaras dengan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI
Mengwujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan masyarakat untuk mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka, menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai dan mengambil langkah yang positif memberi keutamaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan berusaha meningkatkan tanggungjawab individu serta menggalakkan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan kualiti kehidupan.

OBJEKTIF
Pejabat Kesihatan Lembah Pantai bertanggungjawab di dalam aspek perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktiviti untuk memastikan perkhidmatan kesihatan promotif, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi dapat diberikan kepada masyarakat agar mencapai tahap kesihatan yang optima sepanjang hayat.

 

Tarikh kemaskini: 16 April 2020

FUNGSI
Pejabat ini memainkan peranan merancang, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti kesihatan awam yang komprehensif termasuk aspek promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan penyakit dan masalah kesihatan, penguatkuasaan undang-undang kesihatan serta rehabilitasi kepada pesakit, pelanggan dan penduduk Lembah Pantai dan kawasan sekitarnya.
-Maklumat Sedang dikemaskini-

Aktiviti/Program
- Minggu Imunisasi Sedunia Peringkat Lembah Pantai
- Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2014 & Kem i Want Peringkat Lembah Pantai

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times